Tuesday, August 10, 2010

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA .

sebenarnya, lama nak belog about this. tp sengaja nak tunggu awal Ramadhan. ada satu group di fb, nama SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA.

misi dia, utk menderma sehelai baju baru pada yg memerlukan di hari raya nanti. ya baju baru. sekarang dah boleh dapat kurung cotton dengan hanya rm50 kan? ;)



ya, masih ada lg golongan yg dimana rayanya, tidak berbaju raya, di kala anda sedang sibuk hantar tempahan 7 helai baju raya batu berlian segala di butik-butik mahal.

jika gambar di atas tidak berjaya membuat hati anda terusik, tak mengapa lah. tapi jika hati sensitip macam aku ni, bergenang air mata tgk, boleh lah memberi baju raya utk mereka-mereka ini :)

cara nya mudah, "Bungkus mengikut set pakaian, setiap satu bungkusan satu pasang, tulis kat bungkusan Saiz, samada Baju Melayu/Kurung, Kemudian pos ke alamat yang diberi di bawah..."

KEPADA:

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
(U.P :Ahmad bin Sa'abun)
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor.

BAGI ZON UTARA - KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG/UTARA PERAK

MOHD ROZMIE
No 1, Persiaran Mayang Pasir 4,
Bandar Bayan Baru,
11950 Bayan Lepas, P.Pinang.
HP: 010-525 8470

BAGI ZON SELATAN - NEGERI SEMBILAN/MELAKA/JOHOR

Anda boleh singgah di:

Kodai Minum Ujang.
No 15, R&R Nilai Arah Utara,
Hiway PLUS Seremban- K. Lumpur.

Contact person :
Puan Hasliza Muda
Encik Hasrun Che Suh
017-3110644.

tak perlu banyak, sehelai pun dah cukop buat mereka senyum kan? tak perlu mahal, janji ikhlas kan? ok, selamat beramal. :)

ok bai!

4 comments:

m@m@yAyA said...

Allahhuakhbar..

Sayu bila melihat gambar tue..Tuela masih ramai lagi kat luar sana yang tidak berkemampuan!.
Semoga ada sinar kebahagiaan untuk mereka!.


*Kalau nak menderma barang2 perlu dihantar sendiri atau pos pun bole juga ke?

akiss. said...

salam loveaqsha,

akiss tak pasti kalau barang2. cuba kontek mereka ya. ;)

No name said...

Alamak mulia nya..
Tersentuh Hati...

Selamat Menderma.. Semoga Mereka Gembira Seperti KIta..

Syima Syaz said...

mereka juga perlukan duit kan...

sedihnya...