Sunday, October 3, 2010

Harga Rokok Naik, Tapi Harga Tiket Tak Naik, Maka Boleh Tengok Filem Magika 2-3-4 Kali!

padan muka harga rokok naik. ;p

ok, dapat gak wat entri khas utk filem ini. malam tadi tgk utk kali kedua, dan takkan ragu-ragu utk tonton kali 3! jalan cerita/sinopsis boleh baca sini, dan trailer nya.

scene sy paling tersuka, of kos maya karin as a puteri bunian yg bermain-main air di tepi sungai sambil menyanyi 'ayuh gebang...gebang' bukan 1, tapi berganda-ganda. tgk yg kt blkg tu, semua maya karin! super-cantik ok dgn kostum itu!

vanida imran as a Mahsuri yg tak pandai cakap melayu, hanya pandai cakap Siam di lembing Awang Lembing, pastu dibiarkan mati menggelupur macam ayam kena sembelih. lawak gila masa ni gelak sampai batuk-batuk!

dah la pelat, "Sawadikaaapp, Mahsuwi, adik kamu ada di Pasaw Wimbaa (pasar rimba)".

ning baizura sebagai puteri gunung ledang yg dah tua dan gemok dan andartu akibat jual mahal sgt, mintak hantaran bukan2 seperti hati nyamuk.

sampai tuan bendahara (sabri yunus) bebel mengutuk puteri gunung ledang yg gemok, "now i see "spare tyre, spare tyre, spare tyre!, baik hamba bukak kedai tayar!"

ada scene sedih juga. pemilihan watak yang tepat, Ogy Ahmad Daud :)

adik beradik sh.aleya dan sh.amani sebagai bawang merah dan bawang putih. aznil dan raja azura sbg pak pandir dan mak andeh.

scene ni mengingat kan aku kepada teletubbies. comel wakakkaa.

lagi watak-watak. mawi sebagai badang. berkesan lah cara dia berlakon, garang botul. sgt ewww masa dia makan muntah, siap ada stok lg kat umah.

sila like page Magika di fb utk list penuh. ;p

dan ini lah watak yg sy suuuuuka! m.nasir sebagai penunggu tasik chini. hensem macam Legolas!



ini lagu peberet sy, 'nak kemanaaaaa kamu bertiga!' suara m.nasir mantop gila, meremang bulu roma bila dgr dlm panggung. thumbs up!!

filem ini best sebab masa kecik aku dibesarkan dgn cerita-cerita dongeng spt watak-watak di atas. lagi-lagi cite pasal naga tasik chini tu. mak aku dari kcik bgtaw aku mmg kisah itu benar. wooooo.

cuma ada siket2 kena touch up, dan ending dia mcm kureng, bila watak Malik dah besar gile smpi dah stadi luar negara dan ayah dia baru nak pencen. tapi xpelah, boleh dimaafkan dgn scene2 yg hebat sepanjang filem :)

antara lokasi pengambaran adalah di UPM Serdang, FRIM Kepong. layanlah OST Magika, best-best tahu.

tepukan gemuruh utk Edry Abdul Halim. nah 9.5/10 bintang!

okai, marilah ke panggung wayang berdekatan. dari abiskan rm10 utk rokok membunuh, baik beli tiket filem ini. ya, 1st time tgk filem melayu dua kali. dan ya, tak perlu tunggu raya tahun depan utk tonton di malam raya ya ;p

*review ini akan diupdate lg bila ingat scene best lagi dan lagi. baca review INI juga ya!

ok bai!




12 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

magika boleh tahan! pelakon hebat juga. m. nasir besttt woh.

SyimaSyaz said...

mcm best sgt je citer ni...ish ish nak tgk lah.....

mar yanie said...

besh giler kot cite magika ni..lagu die pun mmg sporting abes..i like!! x sia-sia tgk kt pawagam..

meera^da cute..*_* said...

byk gud komen pasal cite nih...nak tgk la nanti

Zara said...

memang terbaek!

AiDa AzRyN said...

Filem Magika memang best!! ;)

Kap said...

9.5???
mak aihh.
ni mesti kes ka jatuh cinta dengan mawi a.k.a abang bad, kan? ;)

akiss ferrero. said...

@ 0sh!Nz d' sen0r!ta : pelakon2 hebak. m.nasir paling hebak! ;p

@ SyimaSyaz said : harus tgk!

@ mar yanie said : jyeaah!

@ meera^da cute..*_* : yeah, baca lg review dr bloggers lain. pasti nk buat kamu tgk ;p

@ Zara said : terbaek!

@ AiDa AzRyN : best hangak!

@ Kap abang bad garang gile kot. hahhaa

Che Armster said...

ok.. dengar2 gak macam cerita ni best, tapi lepas baca review ko terus rasa macam nak tengok. besok gak mau beli tiket

Norasikin said...

Betul ke cerita tu syok sangat. Kena tengok gak ni. dah 10 tahun tak masuk panggung wayang

darkbatman said...

best ker bro? ak rs cam nk g tp ramai ckp kureng cz byk nyanyi..

akiss ferrero. said...

@ Che Armster, cayalah che arm! aku leh mtk komisyen ngan kru ni promot ;p

@ Norasikin. bg sy syok je. xtaw la org lain ;p

@ darkbatman, nama pun filem muzikal, msti la byk nyanyi. best ;p