Friday, December 24, 2010

Majlis Doa Selamat Melahirkan dan Hari Lahir ;)

petang smlm kak iza tetiba kol kata nk tumpang toilet. apakah kat ipoh kehabisan stok toilet? eh.

ok dia kat sini jalan-jalan dan ada urusan peribadi. maka aku trus ON majlis yg dah lama kami plan yakni sambutan harijadi secara pukal, Akiss, Farrah & Nana memandangkan cukup ahli rumah :P

tahun ni terasa sedih kerana beday aku takda orang nak sambut dan takda sepotong kek beday pon aku dapat! tsssk. sadisnya hidup weih! nobadi laf me :(

harijadi saya jatuh pada Hari Raya dimana saya hanya dapat makan ketupat harijadi, lemang harijadi, rendang harijadi, dan kuih raya harijadi.

hurm, ok lupakan kisah lemang harijadi. pas kije, trus balik umah Farrah, singgah baker's cottage beli kek dan tolong dia masak2 sikit sementara tunggu kak iza sampai. ket balik rumah dulu dari opis.

ok akibat kurang komunikasi, dan aku sendiri pun tapaham di mana silapnya, aku rasa tadi aku sms Ket beli kacang panjang. tetapi, dia muncul depan pintu membawa seketul lagi kek besaaaaaar. terkesima 4 saat aku.

k-a-c-a-n-g p-a-n-j-a-n-g dan k-e-k.

jauh bezanya kan? haha.


what a kejutan!

alasan dia konon taknak kena marah sebab sampai lambat ke majlis ini. ok alasan diterima kerana kek itu sedaaaaap. dah beli kat tempat yang sama. mesti kakak kedai kek tu kata seronok Akiss & Farrah ada dua kek utk dia hari ni kan?

rezeki. Alhamdulillah, biar lambat sambut, asalkan dapat dua kek harijadi. ;p


bacaan doa dibaca oleh ustak rock kita, abang ery. dorang sampai pas Maghrib dengan berpakaian lengkap mat rempit dan minah rempit. lagi satu kejutan!

masa utk makan. saya tambah nasik goreng ini sebanyak 3 kali. omaigod! sedap! itulah kak iza bgtaw lambat nk dtg, kalau tidak kami sempatlah nak masak siakap tiga rasa, udang grg tepung, kerang bakar, tomyam poktek. :B

ket punye kek. ket punye kek! eh best plak sebut banyak2. ket punye kek! ket punye kek! ket punye kek! * macam kek kawen pun ade. 'semoga bahagia selalu'.

kis punye kek. ok dah cukup, sebut sekali je. *nana even ko takde ttp nama ko ade taw ;)

masa untuk pose wajib potong kek tipu-tipu. ewah kak iza menjeling pada abe piwwit! *abaikan 't-shirt ibu mengandung* aku ye, kena paksa mandi kot ;p

kek keras macam batu sebab Balqis Bijak letak kek dalam freezer!

nyummeh!

ok Ket, ade banyak gambar kita berlima mcm ni, tp aku aku memang saja pilih shot ni. kau suka kan? suka kan kan kan?

lepas tu sesi melepak depan tv sambil menjoyah bercerita. tiada gambar diambil kerana nak menghargai masa melepak bersama. ;p

ok ini kira majlis kesyukuran kak iza selamat operation, doa selamat melahirkan utk farrah dan beday kami juga. ingat nk buat baby shower, tp mcm dah lewat dan masing2 bz dan di luar kawasan kan. tp Alhamdulillah ada juga majlis kecil macam ni :)

ok kak iza, hati-hati balik nanti. Farrah kau dah boleh cuti kot. jangan rajin sangat datang opis lagi. Ket dan Kak Sha sila setelkan kek dalam peti ais rumah kita ya? haha.


dan lagi satu kak iza, kami sampai Ipoh nnti bawak kami jalan2 naik bumble bee k? kak iza tinggal, kami rempit berdua. hahaha.

ok, sayang each one of you sangat-sangat ;)

ok bai!

*tiada dalam gambar.
- insiden kek eskem cair mencurah atas baju, sengaje ye ket? ;p



2 comments:

adrinaqamarina said...

walah, memang pergh!

selamat jugak diucapakan buat yang terlibat :)

Car Loan Caculator said...

Happy Birthday to u wish u all the best.....