Monday, July 18, 2011

Faizal Tahir - Baby (Justin Bieber Cover)

jumaat lepas tetiba timbul isu nak request kat Faizal Tahir cover lagu Rolling in the Deep, (ye kat wall fb semua pun tepek lagu itu), sebab bila Chester (Linkin Park) nyanyi fulamak kemain AWESOME nya!

tetibe, isu melencong sedikit apabila aku teringat Faizal Tahir ada cover lagu Baby - Justin Bieber sebab pernah tgk dlm satu program dia kat Ria. aku dah kecoh tweet tapi tak jumpa bukti. sakit otak aku sampai google hingga ke lubang cacing tak jumpa. sedih. down gila, sakit hati sampai hampir google no telefon P.A Faizal Tahir.

emosi.

akhirnya, malam tu aku online FB, bukak fanpage Faizal Tahir, kebetulan dia baru online dan berbalas komen. cuma aku lambat sejam macam tu. since FT tak aktif twitter dia, aku post kat wall dia secara terdesak.

gilak punya terdesak sebab aku jarang komen atau tulis kat wall artis di fb tahu? hahaha.

abaikan komen di bawah itu. ni kira ikhtiar terakhir lah ni, sebab rancangan astro takde kat tonton kan? kan?

jumaat lepas aku post, ingat takde hasil. tetiba malam tadi hampir meloncat jatuh katil bila nampak FT post video ini kat FB dia! woooohoo!



happy! tak kisahlah FT baca ke tidak wallpost aku tu, yg pasti sy dah jumpa video itu sebagai bukti FT cover lagu Baby ini.

best kan? dia gubah balik lagu itu dan menyanyi secara akustik. *double thumbs up*

lepas ni Rolling In The Deep please?

ok bai!

No comments: