masa kecik-kecik dulu, aku tak suka kurma. geli. wekk. sentuh pun taknak bila mak suruh makan bila waktu bersahur, berbuka.
sebab, bentuk dan kaler kurma ni macam lipas. you know how much i hate lipas?
*bayangkan lipas sedang terbang secara huru hara*
ok dah, saja nak bagi mukadimah. sekarang dah suka dah kurma. tak kenal kurma, maka tak cinta kurma kan?
ok k. nak cerita, malam semalam balik lewat kerana berbuka di luar, nnti cite next entri. balik umah terus mandi & guling-guling, kul 11 lebih dah tido dengan nyenyaknya.
tetiba tengah syok mimpi ada seorang PTD bagi hadiah iPhone 4 kat aku (ini kisah benar ok, sila tafsir mimpi aku tu) aku dengar Aket kejut aku tidur dlm keadaan rushing.
"Akis bangun, minum air!!" (<----- boleh kejut orang tidur camni? )
aku dah macam panik, hah? minum air?? kenapa? tengok jam, dah 5.35 pagi. otak dah berfungsi sedikit mengatakan dah nak masuk waktu.
terus ambil air botol mineral kat Aket, dan kurma Yusofff...Taiyooooobb... kat sebelah katil dan makan.
pastu sambung tidur balik dan tersedar balik dan hampir jam 7.
bila kat ofis skrg, aku konfius, betul ke tidak aku bangun sahur pagi tadi? macam mimpi. jam menunjukkan 3 : 51pm, Alhamdulillah, belum lapar teruk lagi heeeeeh.
UPDATE.
tgk apa Aket cakap, jahat gila bunyinya ya? hahaha.
ok bai.
ps : MAMAI TERUK.
No comments:
Post a Comment