Tuesday, August 9, 2011

Menu Berbuka Bersama Akiss I : Sotong Goreng Tepung.

last week tangan gatal bkak tumblr pepetang, ternampak something like sotong goreng tepung kegemaranku. makanya! terus lah tercetus idea nak masak sendiri sotong goreng tepung. sebab, dah berapa kali oder hasilnya mengecewakan.

saya nak sotong goreng tepung, bukan tepung goreng sotong, macam karipap inti sotong, get it?

ok bahan-bahan :
  • sotong
  • tepung gandum
  • telur
  • garam & black pepper utk penambah perisa.

caranya mudah sajo!

potong sotong, ikut kenipisan yang kamu suka, kemudian gaulkan sotong yang sudah dipotong dalam telur yang kamu sudah pukul.

lepas gaul dalam telur, masukkan sotong yg dah ber-telur tu, ke dalam tepung. gaul hingga sebati ya puan-puan.

*eh kenapa tetibe suara bertukar suara Chef Wan?

ok, selepas dah gaul dengan tepung, gorenglah! dan jaga-jaga cik salmah, sotong kalau di goreng kuat meletup, better kamu tutup kuali kamu itu sebelum kamu ter-shuflle di dapur akibat terkejut kena minyak panas.

hmm...goreng sampai warna kuning keemasan gitew. sonang kan?

kalau lagi kreatif, boleh hidangkan dengan sos buatan sendiri tu, tapi aku suka makan dengan tom yam! woohoo sedak! ada gak yang tambah salad, kacang panjang, cili api, dan lain-lain. ikut selera memasing ya ;)


akhir kata, "cubalah sendiri!" *suara fasha sandha iklan garnier*

ok bai!

3 comments:

ieza ashaari said...

sangat sedap dan membuat terliur.. tp sedih.. alergi seafood.. huh !

Unknown said...

buke ni ko wat sotong goreng tepung tak? cepat ajak aku dtg umah ko.. :P

akiss. said...

izfanora, rugi. mkn la sikit2 ;p

HS, hari ni xde. hahahha