Tuesday, August 16, 2011

Menu Berbuka Bersama Akiss IV - Sambal Belacan Freak.

"macam tak pernah ratah sambal belacan depan tv!" - Adnan Sempit 2010

derr, gua bukan nak citer pasal adnan sempit II derr, ni nak cerita pasal sambal belacan ni derr. heh.

ok tahu tak, tahun-tahun lepas, bila bulan puasa, tekak aku hari-hari mengidam lauk masak lemak cili api, tak kira lah ayam ke, ketam ke, siput sedut ke dan lain-lain, itu je menu aku buat aku terliur, lagi-lagi siput sedut.

tetapi!

tahun ini kan, tak tahu tekak aku ni dah kenapa hari-hari mengidam sambal belacan, ya. SAMBAL BELACAN.

antara punca adalah pengaruh rakan sebaya yang suka layan sambal belacan bila tapau nasik ketika lunch. mula-mula pelik gak knp wujudnya quote "makan nasik tanpa sambal belacan bagai irama tanpa lagu".

so sekarang aku paham kenapa.

sekarang, hari-hari ke bazaar, aku akan beli sambal belacan. kat putrajaya satu plastik kecil RM1.00, kat shah alam hari tu 50 posen jewww.

IKLAN : iLaik my emak punya sambal belacan, sbb mak letak tomato ;p

ahad lepas berbuka di ayam penyet, dia punya sambal belacan, mula-mula makan tak pedas, tapi bila kau makan non-stop, ha hamek. kite bako je mulut sendiri! kemain pedas sampai hidung bertukar warna merah.

dan. 2 saat dari sekarang, jam menunjukkan 12.15 tengahari yakni lunch hour, aku cuba bertindak kejam dengan merenung gambar ini.

*hidung berdarah*

ok bai!

*awesome sambal belacan picture, thanks to you.
*dah mintak mak resepi, cuma belum try test lagi ;)



3 comments:

mr_mrs mikko said...

tiba2 aku nak mkn smbal blacan..
haaaisssh! kecuq liuq weh!

nak wat smbal blacan lah nnt bbuka

Heidi Shafiq said...

ko wat aku membatalkan plan nak berbuka dgn laksam ptg ni.. hish.. terpaksa aku kene gi beli nasi campur n sambal belacan..

akiss ferrero. said...

hahaha korang semua dah kena racun sambal belacan. hahaha