Tuesday, September 27, 2011

Rumah Terbuka BPGK 2011.

acara tahunan sempena raya, mestilah ada jamuan bahagian. aku update entri untuk bahagian je lah ye. sebab pengsan lah, pejabat aku ada 16 bahagian, tak termasuk bahagian aku ada kat 20 unit yang di mananya tetiap unit buat "open house", pengsan mak nak nak update semua, hihi.

ok majlisnya adalah semalam, 26.09.2011.

jamuan di mulakan dengan menjamu anak-anak yatim oleh Apak Dafi, ada cerita kelakar di sebalik gambar ini di mana Tuan KP tetibe buat lawak + blur, tetibe je introduce aku dengan Tqah adalah wakil dari rumah anak yatim tersebut. mmg ternganga dua saat sebentar -_-"

okay layan gambarudin!

dengan Kak Atma ;)
rakan seunit tercinta, kenalkan Helena Dianna Francis, Made in Tawau bah. ni first time muka dia masuk blog, ke dah ade sebelum ni?
hmmmmm...tangan kiri aku mcm anjing Nanu Baharuddin. yg kiri skali tu, hmm..abaikan.
orang kertas? *boleh tahan gak pendek aku.
good one Naim!
kaum Iban, eh tak. kaum ibu cecantik, yang kiri sekali tu dah kenapa gigit jemari dompot mu? ;p
oh dah puas posing, kita masuk Zon Kenyang dan Mengantuk bersama kami, Balqis dan Atiqah. eh perasan tak aku tak ambil gambar makanan?
sambutan hari jadi untuk #teamseptember. amboi yang sebelah kanan berbaju ijo tu, ex-boss i nak enterprem tapi tak dapat. eh eh ;p
paksa-makan-rela.
kenyang + mengantuk. kak Jue, semoga Aliff cepat sembuh laju-laju taw :(
hana kena-taji.
see, jadi trend. semua pun nak ber-hana-kena-taji. eh eh.
mata dah kelayuan, tapi pose menteng.
hantu bonceng vs rempit jalanan.
helmet tutup dahi, sopan je.
dan hari ini Jamuan Raya BUU, terserempak dengan apam polka dots sebijik macam baju raya aku pakai semalam? hahaha.

ok bai!

2 comments:

MamaIcha said...

amboi, cantik baju...posing pun cun :D

smms said...

cantik bju mu. i like