sebelum teruskan membaca entri, tolong set dalam kepala anda ini nasihat/luahan hati seorang kakak kepada adik lelaki dia. ecewah.
baru-baru ni, teruk sangat gosip pasal Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) kan? sampai aku yang penyokong kuat harimau malaya ni rasa tertekan. apa lagi lah orang tuan punya badan. kalau KFCM ni seorang perempuan 'emosi tak berpedoman' lama dah #terjunKBMall.
nasib baik mental dia kuat. tapi sedih, semalam dia luah jugak perasaan dia.
perkara yg pembaca perlu tahu di sini, aku, bukan sehari dua minat bola sepak ni. bukan minat sebab tengah "trend support bola" whatever it is. aku ni dari kecik rapat dengan adik lelaki ngan bapak aku. sedangkan permainan masa kecik pun main bola? tak percaya tanya adik aku sendiri, siap jadi keeper lagi, pastu sepak bola sampai pecah cermin jiran ;p zaman Selangor jadi Juara Piala Malaysia ( 1995, 1996, 1997 ) 3 kali berturut-turut tu yang aku ingat ;p
pernah aku bagitahu yang aku ni tak reti langsung main bola jaring? ya. fakta.
ok berbalik pasa isu KFCM, of course sebab utama support dia kerana dia gila HEBAK sial. memang world class punya keeper. kau tak bangga ada keeper macam ni kat Malaysia?
malangnya, rakyat lagi berminat dengan gossip peribadi dia. lebih gemar tengok orang famous jatuh. kenape jadi macam ni? sebab sekarang dunia makin canggih. dulu mana ada blog-blog gosip, twitter dan sebagainya nk jadi medium untuk hentam orang? takde.
masa mula-mula KFCM buat twitter, followers baru 50-60 macam tu, sket punya ceria dia. boleh lagi kita sembang dgn dia pasal nak breakfast apa, pasal diet, pasal training. sekarang ado?
sekarang semorang boleh suarakan ketidakpuasan hati. buat akaun twitter, sebar fitnah, kutuk KFCM kaw-kaw. bila tengah game harimau malaya, lagi-lagi bila kalah habis KFCM dan pemain lain kena maki. kamon, lelaki yg kutuk KFCM tu, ntah-ntah lari-lari 1km pun semput, nak kutuk footballers. well, nama pun keyboard warriors, kutuk di alam maya ke lah mampu.
lagi satu, biar apa orang nak kata, aku mmg dulu prefer Dahlia dari ex dia. sebab sepanjang aku berkawan dgn dia, aku tgk dia sangat-sangat down to earth. takde kecoh-kecoh, gedik-gedik pun nak tunjuk semorang yg dia GF si KFCM. kan elok macam tu? cuma skrg, dia pun dah diam sket. sedih taw :( , hope awak ok dahlia, kan dah janji nak belanja? :)
baca lah luahan hati Ibu KFCM. kesimpulannya, kalau kau betul-betul minat bola sepak, tolonglah fokus prestasi pemain kat padang tu je. jangan nk kak nam doblas sgt.
sorry, emosi sedikit. ini entri tulus dari sudut hati. ikhlas. sempena bulan Disember.
to Khairul Fahmi Che Mat, come on! fokus pada karier, tingkatkan prestasi. #HarimauMalaya Selamanya :)
ok bai!
*ps : adakah benar tahun depan KFCM bermain utk Selangor? yayy!
4 comments:
biasa lah bila dah famous jd camtu lak....by the way salah tetap salah le kan...just cara tegur yg tak betol....walaupun hebat camna pun kat dunia nie, tapi degan allah tak hebat camna...bukan susah nak jadi baik kan, tapi ramai yg tak nak.kalau dia pnya personality bagus tak dak lah org nak kutuk sangat kan, org boleh je redha...dia yg tak pandai jaga diri.
price he have to pay bila dah femes, biasalah ;)
Hmm.. can denied that he's a good player. but don't forget, what he got is also from Allah. so.. if he go far beyond the limit, Allah can take whatever he has now. Allah is the most justice.as for Malaysia icon, he should behave himself.
true that
Post a Comment