Wednesday, January 11, 2012

Makan Sorang-Sorang di Garden Lifestyle Store & Cafe, Alamanda Putrajaya

forever alone much? gila sedih tajuk :B .

semalam (Isnin), tetiba rasa nak carik buku baru, jadi terus ke Alamanda. sorang-sorang. memang takde hati nak ajak orang. bak kata Fad, " sumtime we need our space. ;) "

jadi, setelah puas melepak membaca, dan main-main kat watsons, perut jadi lapar dan membuat keputusan untuk makan di Garden Lifestyle Store & Cafe, cawangan ke-6 di buka kat Alamanda, pada Ogos 2011 kalau tak silap. lokasinya adalah bertentangan GSC Alamanda.

dah lama nak g, asik bertangguh. ini aku pergi pun sebab ada kawan kerja sini, siap dapat staff price lagi, kelessss :B


menu pilihan. saya ni kampung sikit, tak reti nak order benda pelik-pelik luar dari kebiasaan. Garden Black Pepper Chicken Chop , siyes sedap. pueh hati. tapi kenapa jauh di sudut hati i berkata Wok Sear Fullhouse lagi sodap ? ;p


pemandangan luar dan dalam. sowi tak banyak gambar. ini web dia, kelik sini 'pooff!!'

nak loading pun comel.

tadaaaa! comelkan.

lepastu sempena chinese new year, aku dpt cabutan bertuah, atau ang pow bertuah.
dalam dia ada benih pokok ape kawe dop tahu. nak suh mak tanam, sebab aku ni spesis tak leh tanam pokok, tak pernah jadi ;B

uniform hari tersebut. sangat vintage, iloike. sengaja buat kebaya lipat macam orang dolu-dolu :D

kesimpulannya, kalau nak try power tak power, kering tak kering hati kau, pergi makan kat restoran macam ni sorang-sorang. kat McD, kat mamak takde hal der. ini, yang masuk restoran ni semua stok kapel-kapel, cintan-cintan, dan somi isteri.

tips nya, pastikan ada gadget di tangan anda. tak kiralah tab ke, smartphone ke, lappy ke. untuk mengurangkan perasaan awkward dan malu-malu kucing. hahaha!

ok bai!

4 comments:

cik panadol said...

kalo kt mamak boleh la mkn sorg2....tp kalo tempat eklusip mcm ni...lalu tengok signboard je la hehehe....

oshinz said...

makan tak kenyang kot?

11 said...

next time ajak ai oke..heheh...lama x singgah sini..how are you babe..sihat??

love
-gyena-

akiss. said...

cik panadol, ye, mmg terasa lain sikit sbb yg dtg kapel2 hahahha


oshinz, ok je. kenyang ;)

gyena, lama tak nampak, hehe. nnti roger2 :)