Monday, February 27, 2012

Hello Ming n Aoki!

okay, sebelum aku teruskan dengan entri ini, untuk pengetahuan semua kucing lama aku, si Mei Mei dah takde, i mean dah arwah. sejak bulan 8 tahun lepas sebenarnya. baru hari ini, aku baru mampu nak buat entri pasal kehilangan Mei Mei. entri INI, adalah entri terakhir Mei Mei.

selama ni, asal nak taip pasal Mei Mei, aku nangis macam ape ntah. setiap kali tengok gambar, tiap kali cerita pasal Mei Mei dengan mak, aku nangis. adeh. Tuhan saje tahu macam mana pedihnya bila Mei-Mei tak balik-balik, dan akhirnya aku dengar jiran kata dia mati.

:'(


jadi, akhirnya setelah meroyan berapa kali ntah kat twitter, sampai kawan-kawan selalu twitpic gambar stray cats, mana tahu aku nak bela. akhirnya, aku dapat gak meng-adopt anak kembar. thanks to petfinder. :)

sebenarnya hari-hari aku mengadap website ini, sampai bos aku cakap "eh kau ni asyik-asyik gambar kucing, minit mesyuarat tak siap-siap?"

zZZzZzzz...

ok ini lah Ming & Aoki. nampak tak betapa bajet Kimora-nye aku?? hahaha. sebenarnya dah 2 minggu bela, namapun tukar-tukar. Mak aku lah, kejap Ariel, E.T, lah. paling teruk semalam dia nak bagi nama Hermantino dan Hermatiyes.

-___-"

Ming : Hitam Putih, Aoki : Comot macam lepat pishang. kah kah kah.
peristiwa kepala termasuk dalam kotak. masa ni aku gelak-gelak tanpa tolong dia pun. sebab aku terbayang Mr.Bean masa kepala dia termasuk turkey. lewls.


ok sumpah nakal nak mapuh. tahap aku google "anak kucing hiper-aktif". bak kata Iz, mereka dalam Fasa Monyet. bahahaha! paling teruk kaki aku habis calar balar, jenis tak boleh tengok benda bergerak, lutut aku, siku aku, kaki, jari-jemari aku yg tengah menaip pun dia terkam, adoi.


monyet.

tapi lihatlah betapa ayunya dia bila tidur. purr purr purr.

ok bai!


2 comments:

Izzy said...

Barulah dapat tengok si kenit ko ni dengan clear. OMG diorang ni konfem membesar dengan tampan mcm kucing si Jepun ni, cer tengok http://populagram.appspot.com/user/nozomioride/1?size=s hensem gilaaaa

akiss ferrero. said...

inilah gambar terbaik yg aku boleh bagi. hahaha.

aku dah tgk link tersebut! gerammmm!