Wednesday, May 2, 2012

sungai chill!

di dalam kesibukan dance training, saya dan aket berkesempatan berkelah di sungai chiling. yeah right, 'berkelah'. itu ayat si Daos. padahal!!

*berkelah : pakai skirt, riang ria bawak makanan, bbq, main kejar-kejar di tepi sungai, main bunga api. ok main bunag api mmg over.

padahal ya, tak ku tahu pula kena hiking. bak kata Daos lagi, "alah sungai ni tepi jalan je." padahal! kena hiking, siap rentas sungai limanam kali. saya yang slumber pakai jeans dan selipar jepun ni terasa hebak betei.dan nak tambah 'drama', malam sebelum tu lepak burger bakar sampai kul 2 pagi, mmg tak rest. pastu pagi tu TAK SARAPAN.

tak sarapan, pastu hiking, apa dapat? hampir mak pitam nok, siap muntah angin. wekk. kui kui kui. ok sedikit gambaq. sy tak bawak kamera bagak, cukup lah sudah bebanan handbag. g hiking bawak handbag, mampu? -_______________-"


bagi ikan kelah makan, bukan berkelah ye adik-adik.


masih mengkelah.




yeay! merentasi sungai! sangat mencabar sbb batu LINCIN! nampak tak suar jeans koyak saya tu, syok je air keluar masuk. masa tu dah lencun dah. sekarang anda dapat bayangkan tak beban yang sy bawak? beban jeans basah, paham? ;p

jap. asal pose si Aket asik sama je??


destinasi. cantik, Subhanallah. air sejuk gigil. makan nasi lemak dan cekodok kena curik oleh monyet. seronoknyalah mandi sampai hampir lemas kena hanyut sebab buat aksi Edward Cullen. ecececeh. 

perjalanan turun air terjun sangat lega kerana dah tukar baju. pastu berangan macam dalam Hunger Games, pastu siap nyanyi lagu Amy Mastura, pastu siap nyanyi lagu Safe and Sound - Taylor Swift. lepastu lepak mee udang mak jah wangsa maju, pastu balik.

pastu esoknya kerja, pastu macam training aku hanya mampu gerakkan tangan. hahahah! kaki kiri cacat sebentar. 

tetapi, kesimpulannya. saya nak pergi lagi sungai chiling! tak puas mandi. dan of course, dengan pakaian untuk hiking, bukan berkelah. eh jap, itu hari masa g panjat Broga bukan kau pakai selipar dan skirt dan leggings ke Balqis?

sekian.

ok bai.

No comments: