Wednesday, January 2, 2013

nu yeah?

aku bukan jenis sakai nombor cantik, seperti 121212, 101212, etc etc etc di mana pada tarikh cantik itu kau KENA jakun, KENA sambut. mau leks sat dude. apatah lagi dengan tahun baru. like, it's just another day, with different year. macam lah bila new year ni dalam satu hari hidup kau berubah secara drastik. giteww..

bab azam, lagilah lame. seperti yang aku cakap macam tahun-tahun lepas, aku pasang azam bukan ikut bulan. bukan tahun. lagi-lagi bab rezeki ni, malaslah nak kecahkan sangat.

cuma. ya cuma. yang aku kisahkan tahun secara tak rasmi akan memasuki umur 29 tahun, tahun terakhir berumur 20-an.

oh.

my.

god.

tak nak dah komen bab umur. wakakaka!

makanya, malam tahun baru itu lepak macam biasa. biasa sebab lepak dengan Aket, pastu makan depan ofis, taklah sampai bersemangat keluar jauh-jauh kl ke mana-mana semata untuk countdown. cuma yang bezanya ada bunga api dan WINGS! weehehehe!


ya, seperti yang aku selalu doa, bukan sahaja setakat di tarikh-tarikh cantik atau tahun baru sahaja, semoga dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki, jadi insan yang lebih baik.

2012 agak tough. tapi aku rasa bukan ke tiap-tiap tahun tough? wahaha. bak kata kawan kita sorang tu, barang yang lepas jangan dikenang. 

hidup mesti terus.

ok bai.


No comments: