Friday, February 15, 2013

makey hati boh!


hai, dah lama tak tulis lurus dari hati. hahaha. ok, straight from my bottom heart.

sekarang aku baru faham (si lempabs ni..), apa yang orang maksudkan "makan hati" dan kenapa orang bila putus cinta dan heart broken jadi kurang selera makan dan kurus.

selama ni, aku kalau sedih dan stress aku jadi kuat makan. dulu masa putus cinta tahun 2005 dulu dari 50 kg melonjak hingga 57kg! wow sangat! 

itu dulu.

bukannya apa, selama aku "hilang" dua tiga bulan ni lepastu kembali "keluar" dan jumpa kawan-kawan lama, ntah berapa orang cakap "kau kenapa makin kecik ni kis? "kenapa kurusssss??" sampaikan Aket yang tinggal serumah dan tengok aku hari-hari pun cakap, "ya kis, kau dah kecik dari aku"

ok macam ni lah, apa yang aku faham..

baru nak makan, nak suap nasi ke mulut terbayang janji-janji yang tak pasti, saat elok bersama dan kenapa benda ni jadi? lepastu mula rasa loya dan muntah. lepastu takda selera. 

and repeat.

dah selalu sangat sakit tekak tahan nangis nak makan macam mana? kira macam kalau aku berjaya habis makan sepinggan tu kira AJAIB GILA lah.

paling teruk statement adik aku, "ah aku ajak kuar makan bukan kau nak makan, nak up kat instagram je kan?"

ha..ha..ha..

ok. 

and then you start crying in your bed. keep on wondering why. why. and why.

lepastu, termenung.

ada masa pikir pasal makan? 

jujur aku cakap, bukan seorang, tapi dua orang berjaya kasi pecah hati aku. memang terel. selama ni aku boleh je berkawan tanpa melibatkan emosi dan perasaan. mungkin agaknya aku ni kering sangat hati, kena bagi dua orang buat baru aku terasa lah? 

kalau mana yang ada kawan aku cerita tentang 'A', salah. sebenarnya ada 'A', dan ada 'H'. 

padanlah muka Balqis, cubalah jadi perempuan normal sikit. dah tahu tak kemana, jangan nak acah-acah terel.

terima kasihlah mana sahabat yang dah naik menyampah dengan text aku, terima kasih sebab teman dan dengar. you know who you are.

percayalah, aku ni jenis cepat lupa apa yang orang dah buat ke aku. esok-esok, aku gemuklah balik. kakaka!

dan aku survived sabtu dan ahad lepas. memang hampir mati. terbayang, benda replay every seconds kejadian minggu sebelum :/

bak kata kak Pink, "Sometimes I think that it's better to never ask why."

MTFO, Balqis.

ok bai!

ps : oh ya, dah dapat akaun twitter lama, @akisslski, instagram pun guna akisslski :)

No comments:

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...