Monday, June 24, 2013

muntah.

aku ingat aku dah gol dah semalam, tak sempat raya tahun ni.

gol tahu gol?

mati.

lepas bangun tidur petang, aku terus siap teman adik pergi ushar perabot. sebenarnya masa tu dah sakit kepala, pening semacam. overthinking ke apa aku tak tahu. ke aku fobia dengan benda persiapan kahwin ni?

sampai satu tahap tu rasa nak muntah, melepet kat sofa kedai perabot. aku biar adik aku pergi tengok perabot, aku pergi ke shell seberang kedai.

kat situ aku dah muntah keluar habis makan tengahari, nasi kari ayam mak aku. 

balik rumah, sambung muntah lagi ntah aku rasa ada 7-8 kali.

tahap muntah tarik perut, keluar air pahit kuning tu. wekk! dah lama aku tak rasa lembik teruk macam ni. kaki sejuk badan berpeluh, memang masa tu dah siap mengucap dah aku. :PPPP

lepastu pengsanlah apa lagi! kahkahkah

sedar-sedar nak dekat pukul 10 malam, mak buat bubur. awlolololo.

aku ingat semua benda ni mimpi. 

kalau mimpi, aku nak bangun betul-betul masa awal tahun 2013, boleh? tak pun, nak awal sikit lagi bulan puasa tahun lepas.

banyak sangat benda pelik dalam hidup lately, aku dah mula rasa macam "lost control" sikit.

atau bahasa rempitnya, "goyang".

satu je paling menakutkan aku, betapa aku merancang semuanya dari awal, dan betapa kuasa Tuhan yang satu, perancanganNya paling power takda siapa pun boleh sangkal.

sampai satu tahap aku termenung, aku cakap kat "Ket, kau nampak tak? aku takut."

kau tahu aku ni bukan jenis penakut, degil, pemberontak orangnya?

ok bai.


No comments:

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...