Thursday, July 11, 2013

re-blog matlufti : 9 Julai


Aku kembali ke sini. Ke tempat yang dahulunya kita pernah berjalan.

Bersama.

Ingat lagi kita lari dari hujan? Cuba menyorok dari rintik renyai malam itu. Di hentian bas kita menumpang teduh, kau lilitkan mafla pusing kepalaku, sambil mengomel

“Comelnya Luthfi pakai tudung.”

“Macam pakai kain kapan ja...”

Ingat lagi kedai kek di celah kota raya Victoria itu? Di antara perut pusat beli belah dengan mulut jalan, kedainya masih di situ. Masih seperti hari kita membeli beberapa biji macaroon pelbagai warna, 

sebelum kita membeli beberapa biji lagi warna yang paling sedap - ungu dan merah jambu.

Tiga kali aku cuba singgah Perpustakaan Negeri. Pertamanya tutup kerana terlalu awal. Keduanya tutup, terlalu lewat. Ketiganya baru sahaja sebentar tadi, tidak boleh masuk kerana terlalu banyak bagasi di tangan. Tidak mengapalah, bukan ada siapa pun yang mahu meneman beradu catur ke lewat hari.

Ingat lagi krim Vaseline? Dibawa kehulu kehilir di dalam beg tangan biru. Kita calet buat sapu jari-jemari dan bibir yang kering dek dingin angin musim sejuk. Aku tanya farmasis tempoh hari, krim ini boleh dimakan tidak. Jika ya, teringin juga mahu menjamah buat subur hati kering ini.

Aku masih tidak pandai membaca peta dan jadual tram. Bodoh dan sesat seperti dahulu. Hairan bila kau pula yang pantas menghadam arah, menidakkan stereotaip wanita buta peta. Ingat lagi aku pernah memuji kebolehan kau yang satu itu?

“Hebat!”

“Mesti la hebat, orang independent kot!”




Harapnya masih independent lagi sekarang.

Harapnya makin independent berseorang.

Sudah besar bukan?

Selamat Hari Jadi ke 23.

Semoga baik-baik saja di sana :)


Luthfi,
Tullamarine Airport,
Bye.




bila orang kelakar macam mat lutfi ni tulis something like this terus aku jadi pisang, haish mata masuk habuk :(

eh kejap, kira mat lutfi dah ade makwe keeeee ni? :p

ok bai!

1 comment:

MIZZNISS said...

pernah ade makwe..:)

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...