Thursday, January 23, 2014

jog sam pengs

ok ini memang kena tulis dalam diari. kah!

semalam jog Ket turun awal, aku nampak dia dah 3-4 round tasik. so dia stop bila nak masuk 6 round, aku ajak dia pi jog panjat bukit belakang kuarters presint 9 tu (port rahsia nii, tak ramai tahu sshhhh!) sebab sesekali nak try jog daki bukit, baru gigil lutut kau haa!

so sebelum menuju bukit, si Ket kata nak beli air dulu kat petronas tepi umah. sampai petronas aku ingat taknak masuk sebab badan panas-panas jog tak boleh terus masuk aircond. ntah kenapa aku masuk jugak . tiba-tiba sampai je kat depan peti sejuk Ket tersungkur jatuh ke depan. habis semua keropok kat rak petronas tu bersepah jatuh ke lantai sebab tangan dia. aku ingat dia tersadung, maka aku gelakkan je lah kan, biasalah Balqis bab menggelakkan orang nombor satu. tapi siyes kelakar kot cara dia jatuh, wakakakai!

pastu dia bangun macam semula macam takda apa berlaku terus bukak peti sejuk pastu tiba-tiba collapsed jatuh ke belakang. terlentang, tahu? nasib baik aku yang pantas macam vampire ni dalam tak sampai 0.5 saat terus tahan dari belakang terus melutut dan memangku si Ket yang dah KO. memang dia "hilang" kejap. aku panggil tak menyahut. macam drama sikit, masa atas pangkuan aku dalam 15 saat tu terpanik jugak lah kan. baru nak lempang, dia sedar sendiri terus tanya "eh aku pitam ka tadi!?"

boleh tanya macam tu? kahkahkah!

cilakak macam orang mabuk pun ada cara pitam. dah la ramai orang kat petronas tu time petang-petang gitu, dengan orang tengah beratur kat ATM lagi. sekor pun tak tolong, mungkin sebab dorang nampak macam kami main jatuh-jatuh macam Mawar Rashid ke? hahahaha! paling teruk, ada kakak tu  tanya "dia ni memang ada sawan ke?"

kahhhhh! memang tersembur aku gelak, bodo nii


ha nii siap bukti lagi chillax depan peti sejup lepas pengsan, nasib baik kami ni pandai cover malu kucing dengan penuh macho lepak minam-minam atas lantai, thanks lah tukang amek gambar kan :p


ini route semalam zzz yang titik-titik oren tu pusat pengsan haha! oh ye sekarang dah tak pakai runkeeper , kite pakai nike plus running sejak ada kasut baru ni kan aha
Naik vs Apipas. 

sebenarnya aku tak suka kasut jog, sebab...err..susah cari size. ini pun besar sikit, bak kate member kena pakai stokin tebal-teballl hahahaa! yayy beli kat kedai member wangemmy mula-mula janji nak bagi 20% sekali bos dia punyalah hensem perangai bagi 50% wahahah syok!


ok bai!

3 comments:

ddJaafar said...

hahah.klakar gila.

tapi bab pitam gitu memang saya biasa kot.kat sekolah teknik dulu,baru lepas makan,bangun nak pegi letak trail,boleh jatuh pitam kat tempat buang sampah.memang hensem la kena gelak.

akiss. said...

@ddJaafar

hahaha pegsan kt tempat uang sampah, tragik tuu

tenku butang said...

hahahaha.. tragedi Januari..