semalam balik kerja seperti biasa aku akan lepak bilik Aket sembang apa yang patut dan update hal masing-masing. ini rutin.
so semalam sembang berat. pasal cwinta. pasal lelaki, dan pasal kawen, eceh!
aku quote "at the end, kita nak orang yang masih gilakan kita walau dah lama bersama, masih "study" pasal kita, masih "chase" kita walaupun dah dapat kita, dan terima serta sabar dengan kita dalam pelbagai bentuk baik dan buruk."
itu definisi mencwintai, sayang dan suka kau dengan ikhlas, bagi aku lah. bagi korang ntah lah, lantaklah kan. kahkahkah!
dan lagi satu, mencwintai dengan ikhlas bagi aku adalah mencwintaimu unconditionally (nyanyi lagu unconditionally katy perry). mencwintaimu ikhlas atas dirimu sahaja tanpa sebab.
bukan sebab fizikal, bukan sebab minat sama, bukan sebab kau best. bukan sebab kau fun. bukan sebab kau ni lucu. bukan sebab kau kaya. etc etc etc.
well people changes, dia tak boleh 24/7 comel, 24/7 fun, 24/7 kelakar. 24/7 kaya.
contoh bila kau ni seorang fun, tiba-tiba kau pms kau buat garang kau, emosi marah-marah kau. fun kau hilang sekejap. kalau orang itu masih suka kau, sayang kau macam biasa, masih tak berubah hati..haa itu ikhlas.
bukan disebabkan dia emosi satu hari, kau hukum dia forever.
contoh paling mudah, kau cwinta dia sebab dia kaya. sekali mana tahu dia dah tak kaya. kau mahu stay?
ok last, contoh terpaling mudah aku bagi. cwinta sebab fizikal. hari ni dia cantik langsing, esok dia messy dah tak sexy malah berisi. haa...terpulang.
ok last, contoh terpaling mudah aku bagi. cwinta sebab fizikal. hari ni dia cantik langsing, esok dia messy dah tak sexy malah berisi. haa...terpulang.
nampak?
eh panjang lebar pulak kan aku membebel.
so, tiba-tiba si Aket cakap satu ayat yang buat aku terdiam.
"sebenarnya kita mahu orang yang boleh jaga anak-anak kita bha.."
terus aku wah! i like that!
jauh betul pandangan si aket ni. sweet betul . aku baru bab bercinta, dia dh sampai ke anak, kahkahkah!
ok aku mengaku, aku bukan jenis suka budak. di kala semua perempuan acah-acah sweet tunjuk ciri-ciri keibuan mereka suka kanak-kanak untuk tarik perhatian lelaki, aku tak. lagi-lagi baby. aku tak reti handle. obviously sebab aku takda anak lagi, kot?
kecuali! aku suka kanak-kanak perempuan yang agak besar dalam 2-3-4 tahun tu. macam anak Atita Haris, macam Delima Nurqasdina. macam dulu aku obses Suri Cruise. itu ye. mungkin sebab dorang dah besar so boleh pakaikan kasut converse dan baju-baju gengster. ahahah!
tapi berbalik kepada ayat aket tu, betullah. terus aku termenung...
zzz..
ok bai!
ps : eh seronok lak lama lepak sini, bila last aku login twidder ha?
No comments:
Post a Comment