Monday, February 17, 2014

ex (s)

aku ada seorang ex. bekas kekaseh. eh tipu tipulah seorang. dua-tiga-empat-lima-nam orang ex kot aku ada. ok diam.

ulang balik intro.

aku ada seorang ex ni manis sikit orangnya. dia ni jenis akan wish setiap occasion kat malaysia. kalau valentine, dia akan slumber mak enon wish "selamat hari bekas kekasih akiss..!

ya, dan setiap jenis public holiday. setiap jenis raya. dia akan wish. agaknya kalau jiran dia tengah kenduri cukur jimbit..eh silap, jambul pun nak wish. kalau birthday, dia punya ucapanlah paling panjang.

aku ok je, sebab kitorang berkawan macam biasa lepas break. 

dan ada sorang ex ni  nama kucing dia bagi nama yang aku suggest masa kitorang rancang nak bela kucing bersama. dan sorang lagi ni..jenis dah kahwin pun boleh ajak aku teman dia main roller blade di hujung minggu dan suka text random sukahati dia tanya itu ini dan masih suka minta pertolongan walaupun jawapan boleh di-google. eh pelik-pelik perangai.

lantak.

dan yang terbaru..ex aku dari kategori penulis novel dari syarikat penerbitan indie (pandai-pandailah kau teka) text aku tanya pasal dah buh bintang ke kat Goodreads buku dia. aku lupa lah pulak bab ni, tapi buku dia yang latest ni aku dah habis baca lama dah. semalam dia text..

"watak perempuan heroin dalam buku tu saya tulis berdasarkan awak"

*jatuh katil*

ah tipu lah kau balqis jatuh katil, padahal elok je balas "Haha thanks" .

aku terlupa dan malas nak tanya kenapa tulis pasal aku bla bla bla bla bla

malas.

ok bai.

No comments: