Monday, February 17, 2014

lutuit

berita team menari tak mampu join pertandingan tarian untuk tahun ni sedikit sebanyak melegakan aku. atau lebih tepat, melegakan lutut aku. hakhakhak!

citer dia yang injured tahun lepas tak berapa nak okay, tambah lagi tahun ni. dan kalau nak tahu dalam masa 2 minggu berturut kitorang ada show (wow artis sangat!) dua jenis tarian. satu indang, satu hindustan.

memang sedikit stress sbb non-stop training, memang hidup aku 2 minggu tu makan tidur mandi semua kat gym. tu yang keluar video bukan-bukan kat keek teww

yang tarian indang kitorang berlatih 5 hari je. step mudah, tapi seksa kerana banyak melutut dan duduk laju-laju. memang jahanam lutut aku. hahahhaha!

tak sampai seminggu, terus proceed ke hindustan. akibat dia, time show masa lagu kedua aku sikiiiiiit lagi nak tersungkur sbb step tu mmg menguji lutut anda. bukti ada taw dalam video aku macam mabuk sikit time tu hahhaha cuma malas nk upload kerana err.. :p

k fine!

tak boleh push sangat sebenarnya. lunyai kot badan balik kerja penat namati macam kena rog... ok tak. 

kalau ikut hati nak je kami join pertandingan itu, tema salsa pulak kan. tapi maklumlah, keadaan badan tak mengizinkan. lagipun last minute baru dapat tahu. hmm hmm

tapi serius, peha aku dah tak selisih.


6 Jahanam nii :D

ok bai!

No comments: