Friday, October 17, 2014

baby.

aku disyaki pregnant Ramadhan lepas, di mana aku disampuk sawan memasak. aku tak jejak langsung bazaar ramadhan, even stall jual kuih lauk bawah rumah. the whole Ramadhan aku memasak, ada dua-tiga kali ja makan di luar jemputan berbuka dengan kawan ketat. paling terel aku try masak rendang ayam. memang satu pencapaian hidup yang hebat.

alahan aku makin teruk bila masuk bulan kedua. muntah bersepah, langsung tak boleh makan. mabuk teruk, balilk kerja memang melepet, tenaga tinggal 20% je. naik kereta pun tak boleh. naik 10 minit, turun kereta muntah semalaman. aku pergi kerja naik bas. masuk bulan ketiga merempit dengan suami. naik kereta still mabuk. suami nak hantar pi kerja pun aku taknak. kira kalau pergi kerja naik kereta pagi-pagi, turun je kat lobi aku lari lintang pukang menuju toilet untuk muntah. lawak pun ada, si farrah la jadi saksi sbb dia nak jugak tumpangkan aku haha.

dan disebabkan alahan teruk ni lah aku takda gambar raya. keluar rumah pun tak, raya mende? makanan raya mmg babailah semua.

berat turun ke 50.6 kg gitu, hilang dalam 4-5 kg dalam masa sebulan. tak payah susah-susah joging satu putrajaya, har har har. kurus nak mati. mak aku kata muka Ming (kucing aku) lagi besar dari muka aku masa tu hahah!

masuk bulan keempat, aku dah boleh makan. tapi tak banyak. makan beriya, muntah balik. pergi check-up kat KK, naik 400gram je berat badan ku.

aku kuat makan kacang masa pregnant, hari-hari makan kacang. bila breakfast, hari-hari aku makan nasi impit, kuah lontong, sambal kacang dan kacang nasi lemak aku campur sekali. itu je aku makan selama tu. pastu kentang kepsi tu, memang kegemaran. pastu french fries. hewhewhew.

aku pregnant tak ramai tahu, hanya budak-budak unit aku je tahu, sebab dorang yang terdekat dan jadi saksi larian muntah aku hari-hari. selain muntah bersepah, aku juga tidur bersepah. memang kuat tidur masa dua bulan pertama. nasib baik dorang faham. hehe. bab mudah penat jangan cerita lah, nak berjalan pun kena plan awal sebab cepat mengah kalau jalan jauh.

dan masa mengandung jugak, aku jadi lebih perempuan sikit. aku jadi penyabar, senyum je kalau ada ape-ape hal. suara pun tak tinggi. gelak pun takda gelak bersepah dah. lepastu aku suka layan lagu melayu. aku macam flip personaliti dengan suami aku. pastu mcm biasalah, mudah nangis pun ye. ada lagu yg aku suka sangat dengar sambil leleh macam tuju ke baby, lagu demeises ni. lagi-lagi bila dah jadi macam ni.

tapi tulah, dugaan. aku kerap bleeding. mula-mula doc kata normal, cuma pangkal rahim sensitif. paling teruk bleeding masa baru masuk 4 bulan, sampai aku minta kakak hantar aku ke hospital.

sampailah hari isnin, 29 September. balik kerja turun je bas tetiba kain basah macam kencing, air keluar non stop. nasib aku pakai baju kurung bercorak, kalau tak kantoi. naik rumah,  pakai pad pun tak guna. tak sakit malam tu, aku tak pergi hospital pun, sebab penat sangat. fyi masa tu aku duk asing lagi dgn suami. 

esok pagi aku pergi klinik swasta sebab doktor kat hospital kul 10 pagi baru ada, aku scan kat situ doc refer emergency terus, sebab dia kata air ketuban dalam kantung kering habis. bocor. kiranya malam tadi air ketuban lah yang jatuh, aku tak tahu. maklumlah, aku walau dah kawen duduk bujang. mana nak taw.

aku admit 30 September kat PBBR, Presint 8

doc cakap, harapan baby nak survive amatlah tipis. scan baby, heartbeat masih ada. maksudnya dia struggle lah nak survive dengan keadaan kering macam tu.

malam pertama kat wad aku tidur awal. tengah tidur terjaga 2 pagi tu aku tumpah darah, banyaaak sangat. terjaga sebab sakit. dalam sakit aku tu sempat amek gambar, nak tengok? :p disebabkan sakit, kebetulan doktor ada kat kaunter jururawat tu aku mampu panggil doktor dengan lambai je, tunjuk darah penuh atas katil.

masa tu aku terus sedar, i will lost my baby. masuk bilik air aku menangis sambil cuci pad, darah di lantai semua. hilanglah macho kalau nangis depan doktor.

hampir dua minggu aku duduk wad bawah pemerhatian doktor, dengan diagnosis inevitable miscarriage. ambil antibiotik elak infections hari-hari, dan scan setiap dua hari.

dua minggu beb, bayangkan nak buat apa dalam wad? doktor pun tak boleh komen lebih sebab benda ni dia nak jadi naturally. doktor kata kes macam ni biasa dalam 24 jam baby akan jatuh dan keluar sendiri.tapi aku lain pulak. baby macam boleh survive, tapi doktor tak janji apa-apa lah. mana taw air ketuban aku boleh topup balik. tapi doktor sendiri kata almost mustahil sebab kandungan still awal.

bayangkan "dugaan menunggu" aku kena hadap setiap hari. sebab tu aku takdalah nak kecoh satu kampung aku admit, sebab tak reti nak explain kat orang macam mana. mana yang call aku direct atau whatsapp personal ke aku try explain.

cuma nasib baik kat sini selesa, bilik pun sorang, macam duduk rumah je. view pun cantik. aku siap adjust kedudukan katil lagi bagi mengadap tingkap haha. duduk sini dah buat macam rumah sendiri dah pun, nurse doctor mak guard semua dah kenal. semua aku  buat sendiri, ambil baju ke, tukar selimut ke. semua boleh buat sendiri. nurse boleh jadi kawan, mula-mula panggil "Puan", lama-lama panggil "Balqis" je.  memang kak long kawasan kat situ. cuma kesian kat family dan somi, ulang alik balik dari kerja teman aku. dan kawan-kawan ketat mana yang aku sudah maklumkan keadaan aku.


the bilik. 


 the view.


the makanan.

dua minggu baby survive. kuat sungguh baby mama ni.

yang sedihnya, mula dari aku pecah ketuban tu, selera aku dah ok. aku makan macam orang normal dah, dah takda alahan mengandung tu, no more larian muntah :/

13 Oktober, pagi-pagi isnin repeat scan. sebab malam sabtu ti aku sakit sangat-sangat sampai doc injet pethidine. masa scan, doc kata kaki baby dah keluar, tapi stuck kat kepala. songsang.

patutlah malam aku sakit tu, aku rasa dia gerak kuat. kawan aku si Ana ada ajar. nak tahu baby gerak macam ni "dia gesel kulit kat tangan aku." maybe masa tu lah dia pergi.

:(

selesai je scan, doc kata "dia dah takda ye...", fikiran aku kosong. tak nangis pun. masuk bilik wad balik, aku baring kat katil sambil msg family dan kawan. aku delete semua applications berkenaan pregnancy dalam handphone aku.

doktor lelaki yang jaga aku hari-hari  masuk bilik untuk pasang line kat tangan. aku tanya "kenapa nak masuk jarum doktor?" doktor tanya "kenapa puan?sabar puan, ini semua dugaan" terus banjir. doc ni kaunseling aku.

doctor lelaki tadi hantar aku ke wad bersalin situ, and doktor pakar cuba keluarkan baby kat PBBR ni je, tapi tak lepas even aku dah push, sebab takda contraction. tak boleh nak suction, sebab baby dah lengkap. so kena hantar ke hospital putrajaya. sambung berperang kat situ dari pukul 1 pm macam tu. kat hospital doc suruh push normal, still tak boleh. dia tak boleh suka-suka vakum, sebab kecik lagi. so kenalah induce bagi ada contraction.

adalah dalam 2-3 jam aku dibiarkan terbaring kat situ, aku tak sakit apa pun. cuma sejuk gila. berulang kali doc datang tanya "ada rasa nak push tak?" takda. masa tu dah hampir pukul lima. sejuk gila and lapar. sampai aku suruh somi selimutkan dua lapis selimut. sebenarnya pukul 2 somi aku dah datang suap makan nasi goreng siap. pastu dalam dekat kul 5 tu nurse bagi minum air koko and biskut tiger.

tengah-tengah makan biskut tiger tu, tetibe rasa sakit period tu. sikit je. pastu aku push sikit je, rasa something keluar. aku campak biskut, terus jerit "NURSEEEEEEEEE!!!"

ntah mana aku dapat kekuatan menjerit tu. nurse masuk. aku tak kata apa-apa, menangis je mampu. bila tengok aku nangis masa tu, nurse semua macam berganti-ganti suruh aku bersabar. "sabar puannnn, banyakkan bersabar..."

tepat 5.05pm baby keluar. ada dua tiga nurse datang setelkan. masa nak potong tali pusat, nurse suruh selawat.

"Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad."

aku selawat sambil menangis tak henti.

dalam masa yang sama, nurse ambil something like gunting potong tali pusat. aku bangun tengok. Tuhan saja tahu betapa pecah hancur hati dan melayangnya badan aku rasa bila tengok depan mata sendiri. lepastu aku muntah habis nasi tengahari tu. gila teruk keadaan, dengan darah banyak kat bawah, dengan muntah aku lagi. 

:(

Allahuakbar.

pastu aku tanya "boleh tengok baby ke?" so nurse dah cuci baby, letak dalam baby coat sebelah aku. satu perasaan yang aku sendiri tak boleh bayang.

tersentap sungguh bila tengok baby. hati pecah bersepai. selama ni tengok masa scan ultrasound tak nampak sangat. baby dah lengkap, halus jari-jari dia. raut muka pun dah ada.  

aku ada tanya nurse, girl ke boy? nurse tak sure lagi. siapa yang tengok baby, semua kata macam aku. gambar ada, tapi yang terdekat je aku bagi tengok.

lepas baby keluar, uri tertinggal dalam perut. so kena masuk operation room untuk MRP. bila dengar tak selesai lagi, aku lemah. hopeless betul rasa. masa tu aku dah penat sangat. lembik. dengan darah banyak keluar lagi, nurse pakaikan baju bedah. somi pakaikan snow-cap, nak gelak pun ada masa tu sebab dia pakaikan separuh je. masa ni takut jugak bila masuk operation room, sebab tak pernah rasa. memang sangat takut. sebab masa kena bius tu seram, and macam serah diri je. dah la aku sejuk sangat masa tu. 

dalam kul lapan malam siap semua, satu ribu kelegaan bila dengar doctor dan staff dia "Alhamdulillah dah keluar, selesai. patient bleeding sikit, tapi okay :)"

keluar dari operation room rasa "hidup" balik bila nampak suami dan adik beradik tunggu kat luar. dalam wad aku ada semangat sikit bila diorang ada. kaki masih kebas kena bius, tak rasa langsung. sakit pun tak ada.

dalam wad, suami aku bagitahu. baby tu, baby perempuan.

satu lagi tamparan hebat. rasa macam kena koyak-koyak je hati ni. sesiapa yang kenal aku, tahu betapa aku suka baby girl. dari dulu berangan nak anak perempuan. mula-mula menangis teruk jugak aku, kenapa Tuhan ambil dia dari aku secepat ini. 

pagi selasa tu jugak arwah baby dikebumikan di Presint 20. senang mama nak tengok dia nanti, aku tak pergi masa tu sebab belum discharge. suami, kakak aku, farrah and wani aje pergi. lepas habis urusan pengebumian, dorang terus ke wad aku.

pelik sangat, tak tahu nak rasa apa bila jumpa dorang dalam keadaan aku berpakaian wad pink.

petang selasa discharge, dan balik Shah Alam untuk berpantang. pagi pertama menangis teruk masa baru bangun tidur, pukul 6 pagi suami aku msg, "awak sy tak boleh tidur. teringat anak". :(

masa sarapan pun menangis lagi, hampir meroyan marah-marah mak aku paksa makan, why kena makan baby dah takda. aku tak boleh tidur dalam sorang-sorang kat bilik langsung, aku request kat mak nak tidur kat sofa depan tv je.

pasal preparation memang aku tak  buat-buat apa lagi, baju barang-barang baby memang tak beli apa pun. cuma seminggu sebelum aku warded aku register taska ofis untuk bakal anak aku tu, bayar deposit siap. aku sama-sama register dengan Ana, sebab pregnant sebulan awal dari aku. kami dah berangan nanti leh hantar anak sama-sama. Ana selamat bersalin anak perempuan, sampai skrg aku ada satu perasaan kasih lebih sikit kt anak dia sbb reminds me of my late daughter.

💔 

lama-lama aku redha, dan terima. ada hikmah dan mungkin satu hari  nanti Tuhan nak ganti dengan yang lain. mungkin dugaan aku ni lagi kecil dari orang lain. itu sahaja yang kuatkan aku. Alhamdulillah, dalam hal ni aku tak salahkan sesiapa pun. at least aku merasalah kejap mengandung tu, and ada lah pengalaman bersalin walaupun keciwlllll je baby :)

aku betul-betul berterima kasih kepada suami, mak, kakak, adik, adik ipar, dan sahabat ketat yang sentiasa teman aku, yang call, yang selalu layan aku kat whatsapp, yang datang melawat, yang seludup masuk bawak makan sedap-sedap kat aku tak perlulah aku mention siapa, Tuhan sahaja dapat balas budi baik korang, insyaAllah aku sihat balik kita makan besar.

selamat berpantang tanpa baby, Tuhan bagi aku kekuatan.


check out pakai jersi arsenal dengan kain batik.

ok bai.

* 21/05/2015 - Finally jumpa kes macam aku, lagi details entrinya.
   http://www.rnadia.com/2012/12/patience-perseverance-relief-of-mothers.html#more

8 comments:

Kak KiWi said...

Allahuakbar... berat betol dugaan Kis.. menangis akak dibuatnya.. Kuatkan semangat ye dik.. tabahkan hati.. baby dah ade sedia menanti Kis di syurga.. Allah lebih sygkan baby.. apepun Kis kuatkan semangat yer sayang..

Syima Kamal said...

Takziah akisss...

Julia Abdul said...

aduhai Akisssss...sabar ya sayang, Allah menduga kita kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya...terima dgn redha...insyaallah, ketenangan dan kekuatan akan sentiasa bersama kita...kakak tahu sedih...sakit...tapi Dia sebaik2 perancang...Dia telah tetapkan begini, maka begini la...teruskan hidup dgn positif & baik ya dik...ada la rezeki yg lain nanti *pelukkuatkuat*

IamAin said...

takziah kak akiss..
terkejut jugak hari tu kak nana bg tau yg akak kene d&c..

sama mcm kes kita berpantang tanpa baby..
kuatkan semangat tau..
ade hikmah..

adik412 said...

Allahuakbar..my dearest balqis...be strong...sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji hambaNYA tanpa disertakan dengan kekuatan dan hanya insan yang kuat..tabah dan disayangiNYA akan diuji dengan ujian yang kuat

Murni said...

Salam Balqis,

Takziah ye. Kuatkan semangat. Punya la lama tunggu update. Akhirnya ada jugak. Wish you all the best.

Saya tak boleh nak suruh balqis sabar ka apa. Not my place to say that. Sakit ni hanya balqis je yang tau. Selalu la blogging tau. Ada ja kitorang kat sini.

akiss. said...

@Kak Kiwi thanks kak. doakan ye. :)

@Syima Kamal mekasih shima :)

@Julia Abdul thanks kak, insyaallah. *pelukketatbalik*

@IAmAin thanks ain, sama-samalah kite bersabar n bersyukur dgn ape kite ade dulu :)

@adik412 insyaAllah, thanks awak :)

@Murni terima kasih. memang nak update, tp takde kesempatan. nnti kite update gambar kt sini ek. thank u againnn :)

i939 said...

MasyaAllah dugaan kita sama..wife sy alami nya..tabahkan hati. Saya paham berat rasa hati. Doa byk2. Suami kena kuat utk support/redha.