Monday, July 7, 2014

majelis

bertunang tahun lepas 27hb April, 2013, sepatutnya nikah 7hb September, 2013. tapi aku tangguhkan majlis aku pada 7hb Mac, 2014.

ok ini ada beberapa tips dan info yang aku nak share, tak banyak tapi saje share apa yang ada, mana tahu berguna untuk chuolls.

VENUE.
Masjid Tuanku Al-Mizan, Presint 3.

since pertama kali aku solat terawih kat sini, aku sangat-sangat jatuh cwinta teruk dengan masjid ini. Subhanallah cantik gila di waktu malam. maka terdetik dalam hati nak nikah kat sini, and nak buat malam sebab aku ni kan spesis vampire tak tahan panas. hakhakhak!

hujung Disember 2013 tempah masjid untuk ruang nikah. masa book tu staf kat masjid bagitahu limit jemputan adalah 150 orang, ya 150 orang :(

frust sebab guestlist aku ada dalam 250 orang. terkilan kat situ sebab tak dapat jemput ramai lagi. memang nak buat closed ceremony, tapi tak taklah sesikit ini jemputan aku. tapi nak buat camno, takda rezeki panggil ramai lagi. minta maaf pada yang tak mampu aku jemput, bukan sebab aku tak ingat :)

and yeah, aku memang nak kan majlis macam ni, nikah di masjid sahaja beserta kenduri kecil-kecilan. no sanding. no adat pelik-pelik. there's no such thing like "eh pehal akiss nikah tetiba-majlis simple sangat-kenapa takda sanding bla bla bla "

memang aku yang nak macam tu, faham eh?

;p

*ok sedikit tips, kalau nak nikah di Masjid Tuanku Al-Mizan (Masjid Besi), tempah ruang nikah pada tarikh anda nak menikah, boleh walk-in terus kat ofis dia atau download borang kat website dia.  TETAPI,  nak booking jurunikah Masjid Putra, Putrajaya, atau call terus 03-88825678 untuk book, hari tu jurunukah aku Ustaz Rosmadi, muda, handsome, dan lawak masa menikahkan kami, hakhak. ok uolls lengkapkan semua dokumen nak nikah tu, baru jumpa dia minta autograph okay?

KATERER.
ok katerer kena ambil dalam list yang diberi pihak masjid besi sahaja, aku ambil SJ Catering sebab boleh ikut bajet aku nk cemana. orang kata sedap makan malam tu. tapi aku haraammm, jeling pun tak sempat kat makanan sebab terlalu busy melayan tetamu-tetami dan bergambar ahaks!

WEDDING DRESS.
aku plan nak beli jubah ready-made je untuk majlis nikah aku. well, Balqis kan. keling sikit cakapnya. lagi 3 minggu nak kawen baru rasa nak tempah. so aku manage dalam masa satu hari, pergi Jakel terus ke tailor Azleme Boutique Kompleks PKNS Shah Alam. harga sangat mampu milik okay, jahitan kemaz, perfekto. depends ke korang nak beli kain sendiri atau suruh designer dia tolong carik. nak buat kelakar, tailor sendiri datang umah untuk fiting baju sebab dia lupa tarikh aku, boleh? kurlasssss ko designer datang umah ko, ko hado? RCW pun tak camni wakakkaka.  (Contact LAN 019-3154379).

MAKE-UP.
as you know, balqis dan mekap tak pernah lah sherashi. kalau aku mekap pun sebab ada tarian, itu pun buat perangai taknak pakai base tebal-tebal, taknak pakai bulu mata pelesu bagai. so aku hire Emma, budak ofis aku. Alhamdulillah dia mekap okay dan aku tak berubah jadi pondan. KAH!


jejuling with my wali, my adik cupi :')

aku ni klasik orangnya, tak suka inai corak-corak lingkar-lingkar bagai. aku pakai hujung jari dan bulat di tapak tangan je. daun inai ori tambah arang dan tumbuk. dibuat dan dipakaikan oleh emak sendiri pada malam sehari sebelum nikah. precious moment and meaningful kan? :)
ini paling sempoi sebab aku design sendiri dan hantar print dekat negara Bangi. aku memang suka chalkboard ni lama dah, ingat nak buat photobooth chalkboard, tp macam malas. sebab back tp plan asal, nak majlis yang paling simple. pi sini untuk print segala jenis barang baek; https://www.facebook.com/PrintarBangi

PHOTOGRAPHER.
takda sebenarnya. aku cuma minta tolong berbayar si officemate adik aku Cupi, just minta cd je, nanti aku pandai-pandai pilih and print gambar mana aku nak. mudah dengan budak-budak ni sebab dah biasa dengan aku. dah la tak reti panggil aku kakak, main "kis...eh kis.." amboi kau. 

HANTARAN.
direka, digubah dan dihias dengan penuh kasih sayang oleh roommate kesayangan sendiri, Aket. konsepnya "kaca dan cermin", atau nak glamer sebut la glasses and mirrors. luls. bahan-bahan aku beli kat Kaison, Paradigm Mall.  sini memang best bab bunga-bunga dan bakul semua. lagi satu untuk bunga dan bahan buat hantaran, memang aku shopping kat Fah Leann, Balakong masa aku bertunang dan adik aku kahwin.

serius shit, aku TAK pergi langsung Nilai 3 yang klise dengan "bila melayu kahwin kena pergi Nilai 3".

GOODIES.
tiru idea kapeej sikit, bagi cawan teh tarik. aku prefer gelas ni dari gelas kaca seramik yang mudah pecah. aku suka cawan ni sebab orang boleh gunapakai. brown paperbag beli kat Wakim, Chow Kit. semua goodies ni kakak aku  yang mengetuai, dia yang pilih dia yang design. aku just bagitahu nak cemana je. thank you :)

apa lagi eh nak share? ini je lah kot, aku tak tahu nak cerita apa lagi.  kalau ada apa-apa soalan, bolehlah tanya sini atau contact terus, atau minta phone aku terus okay? :)

ok bai.

*takda masa nak upload gambar, nanti aku update entri ni dengan gambar. kalau rajin p tengok kat fb aku Akiss Robsten, gambar somi, family and kawan-kawan ada situ, nanti ada masa aku upload sini hehe :p

3 comments:

winawin said...

habislaa.. sudah tastalk fb kaison tu. tak lama lagi ke paradigm mall la jawabnya.

thanks for the tips kis.

Barakallahulakuma :)

akiss. said...

@winawin hahaha pergilah, awak takkan menyesal! ur welcome :) Amin.

Di said...

omg simple gila dah ni! kalau saya jadi kahwin memang saya pakai ni je buat guidelines! tapi kena cari pasangan dulu lah kot kan hehe

semoga berbahagia ke akhir hayat ye miss :)