Friday, March 20, 2015

the venue.

masjid besi depan opis, punya banyak satu malaysia satu dunia ni kau pilih depan opis haha. tak lah, ekceli pilihan pertama aku adalah Masjid Al-Munawarrah, Seksyen 27 Shah Alam. masjid yang mempunyai 1001 satu kenangan bagi kami sekeluarga.

tapi tak da rejeki wat kat situ, terus la ke masjid besi, atau nama rasminya, Masjid Tuanku Al-Mizan.

tips nikah di sejid besi,

1. Sila booking ruang nikah dengan men-download borang di SINI dan hantar ke pejabat masjid besi. kalau anda tak pandai nak download, sila walk-in sendiri ke pejabat urusan sejid, ambil kat situ. mereka caj RM100 masa tu untuk sewa ruang masjid. 

ruang nikah tersebut.


2. Jurunikah masa zaman aku kena pergi dekat Masjid Putrajaya, so segala dokumen nak kawen kena siap tandatangan ke Masjid Putrajaya, Presint 1. aku rasa sekarang masjid besi dah ada jurunikah.

3. Katering WAJIB ambil katering yang telah disenaraikan masjid besi sendiri di SINI. semua makan atas tikar, tidak dibenarkan letak kerusi.

4. Tidak dibenarkan buat mini pelamin. jangan risau, pihak sejid dah sediakan karpet, kipas, mikrofon dan kusyen duduk untuk nikah (rujuk gambar di atas)

5. Tiada sesi pertukaran barang hantaran. so kalau mahu ber-dulang girls bagai, sila buat di rumah. simpan segala hantaran handbag LV kau di rumah, atau buat di majlis sanding kamu nanti. macam aku, aku bawak yang utama ja.


ini main hantaran aku bawak, mas kahwin, Al-Quran, dan cincin nikah. duit hantaran dah siap bagi masa majlis pertunangan.

ok sekian, untuk info lanjut sila baca peraturan di SINI, atau call la terus pihak pengurusan sejid untuk lebih jelas di talian 03-8880 4300.

ok bai.

No comments:

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...