Wednesday, June 3, 2015

hospital kerajaan vs swasta

this post due to satu group di fb. punya aku annoyed sampai aku terkomen, selama ini aku banyak ignore sebab aku join sebab nak info je, biasanya aku boleh deal haha

aku memang ada kepantangan dengan ketidakpandaian (atau bahasa kasau, kebodohan) manusia ni. tak boleh terima betul orang bandingkan KK/Hospital Kerajaan dengan Hospital Swasta.

dah macam awak bezakan Kancil Turbo dengan Audi RX Coupe pula. 

clearly, Hospital Swasta awak bayar lebih. LEBIH SANGAT, bukan setakat serat-dua. malah riban-riban. of course awak dapat layanan tip-top meletop tebaboom!

faktor bebanan kerja, dan jumlah pesakit agak kurang dari Hospital Kerajaan menjadi sebab musababnya. bila patient kurang, masa menunggu pun kurang. benda basic bro. awak pergi KK/Hospital Kerajaan, ramai kan? waktu menunggu pun mestilah lama. lainlah kalau awak masuk takda orang tapi awak tunggu nak jumpa doktor sampai 3-4jam, haa itu tak betul. haha

aku bukan takde pengalaman dengan hospital swasta tu, contoh Subang Jaya Medical Centre (SJMC). berapa kali mak and abah dulu warded kat situ. memang lah syok habis, macam duduk hotel. nurse kemain baik. pastu, bila discaj tengok bil, rasa lebih baik buat pergi melancong ke London, haha. huh nasib baik company bayar.

sebenarnya semua terpulang kepada sikap kita. cuba sabar, dan jangan banyak songeh? paling teruk, jenis manusia yang TAHU SEMUA (Mr. / Mrs. Know-It-All) ni yang bermasalah. 

pergi restoran, awak nak jadi chef.
pergi bengkel, awak nak jadi mekanik.
pergi hospital, awak nak jadi doktor.

awak je pandai, awak tahu semua. please kurangkan perangai ni. awak masuk tempat orang, awak nak ajar orang buat kerja? kita masuk tempat orang, kira macam minta tolong dia. so be nice. kalau awak eksyen, hmm. babailah ko. tengah sakit pun nak banyak songeh. bukan nak muhasabah diri. cewah

rezeki ni bukan muncul dari segi wang ringgit je taw. rezeki Allah itu luas. urusan dipermudahkanNya, dapat nurse baik, dapat parking dekat, dapat layanan ok pun dikira rezeki tahu.

sebab tu aku kalau ada something ketidapuasan hati aku malas nak rant-on kat fb atau kat mana-mana. malu pulak rasa. dan aku percaya hukum "what-you-give-you-get-back" ni. yelah, mana tahu kita pernah buat hal kat situ, Tuhan bayar kat sini. atau lebih tepat perkataannya, Kifarah. konon nak bukak aib orang, awak terbuka aib sendiri. siap maki mencarut tak ke mencerminkan diri awak sendiri?

so, kesimpulan dia mana awak pergi, hospital or kerajaan ada pro and kontra. terpulang pada individu itu. sentiasa berdoa agar kita dipermudahkan, dirahmati & diredhai. minta benda yg baik dpt yg baik. takmo selalu cakap yg tak baik nanti benda yang tak baik kita akan dapat.

ok bai!

ps : saja guna "awak", takut nampak entri marah haha dan aku besarkan font blog ni, haa senang baca

2 comments:

IamAin said...

4 months already??
tahniah kak..

doakan kita juga tau..nexth month deliver.
seriau rasa..

Swasta vs Gov
banyak pro and contra
terpulang pd diri memasing
tepuk dada tanya selera..

paling penting ongkosnyaa

akiss. said...

@Ain ha ah dah pat bulan ain, huhu. semoga selamat semunaya ye :p

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...