Friday, October 2, 2015

#mycybersale bersama tesco giant mydin so mak-mak

khas untuk yg suka shopping online, bukan shopping tudung, baju handbag semua tu. ni shopping barang dapur seperti ikan ayam sayur etc. aku cuma nak share perkhidmatan beli-barang-dapur-atas-talian-terus-hantar-ke-pintu rumah anda dengan e-tesco, ya akulah pelanggan setianya.

eh ini bukan entri sponsor/berbayar. saja share untuk yang tak tahu dan memerlukan.

aku mula guna e-tesco ini since aku pregnant pertama kali di mana aku mabuk teruk tak boleh bangun langsung, nak keluar beli barang rumah pun tak larat. tapi semangat nak menyopping tu ada haha. so saja lah gatal try test order kat sini. ternyata wow!

so senang aja, pergi dekat http://eshop.tesco.com.my/, dan register! lagi mudah kalau kamu download app My Tesco Online dalam handphone anda terus. pastu check kawasan umah anda ada delivery ke tak, tapi setahu aku mana-mana pun ada sekarang ini. lepas register, ko boleh book slot delivery, so ko kena pilih time ko ada kat umah untuk dorang buat penghantaran. penghantaran akan di-caj sebanyak RM3 kalau barang anda beli bawah RM100, ok kan jimat duit minyak dan tol. and, tak boleh pakai cash, kena pakai debit card, credit card etc. swipe saja huhu.

servis gini sebenarnya amatlah sesuai untuk orang yang malas atau tak mampu nak keluar, takda transport ke ape ke, sibuk takda masa nak keluar keee..lagi-lagi kalau umah yang takde lif tapi anda duduk kat tingkat 4-5. bayangkan nak mengangkut beras 10 kg, minyak 5 kilo semua tu. lainlah kamu ada abang sado tolong angkut wakakka. so aku share ini untuk yang memerlukan and bab harga, kadang-kadang ada promosi murah-murah kat sini. tak semua barang gak aku beli sini. yang selalu aku beli ada buah-buahan seperti tembikai hahaha

so ini antara barangan yang ada. ice-cream, pampers semuapun ada. 

aku sebenarnya bukan shopping kat sini je, rajin gak tengok promosi kat aeon big, giant, mydin semua tu. cuma pasaraya lain tak buat delivery lagi kan. adik aku la ni ajar, nak beli barang tengok dulu web dorang kot ada promosi. yelah kan, sejak dah bekeluarga ni, kena lah jadi pengguna bijak haha

so aku baru jumpa satu app, SmartShopper. memang leh buat perbandingan harga, takyah bukak satu-satu web. so yeay!
see siap ada rekod harga paling murah pernah di offer.

ok bai.

2 comments:

IamAin said...

lps baca post akak,
terus download app smartshopper.

dh kawen + anak ni kene berbelanja dgn bijak.
hahaha

uncle gedek said...

uncle dah banyak kali cadang nak guna servis ni... tapi cadangan tingan cadangan...

huhuhu

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...