Monday, October 19, 2015

pindah rumah bersama orang gaji separuh masa dan lori yang baik

masa pindah rumah itu hari memang teramatlah surprise sangat dengan keadaan yang ditinggalkan oleh penyewa lama *cough cough*, surprise sampai nak pengsan tengok keadaan rumah. 

so, tak sanggup nak kemas sendiri dengan keadaan diri sendiri dan famili yang dua kali pindah umah dalam masa 2 minggu (ehem!) so, aku tetiba ringan je jari whatsapp mereka. dan, wow tak sangka aku mereka reply begitu pantas. 

so disebabkan kepantasan mereka, so aku share no.contact company mereka, Adam Ikhlas Maid & Cleaning Services. Mr. Adam (010-334 2301) / Mr. Ikhlas (012-706 4767). 

sebenarnya sebelum ni memang pernah tanya beberapa company, tapi leceh sebab kena tunggu dorang reply email. snail mail. lembabs.

Alhamdulillah. rezeki, book last minute seb baik ada. servis tip top, hantar maid depan pintu. on time. maid pun bagus. aku dah la biasa buat kerja rumah sendiri, tak reti nak mengarah. seb baik maid ni jenis banyak tanya "ini nak cuci, mau susun ini tak? mahu buang?". so mudah dah di situ, aku tak payah banyak cakap. jadi, Sabtu malam pindah, tengahari Ahad tu dah boleh masak and rehat seperti biasa.

 dan, lagi satu aku nak share. lori untuk pindah rumah area putrajaya - kl - selangor.

aku jarang rekomen orang, bila aku rekomen ni memang betul-betul bagus punya. mereka ni memang banyak memudahkan urusan aku sekeluarga. masa kejadian nak pindah tu aku kat HKL. aku terpaksa minta tolong mak and kakak aku uruskan bab pindah barang. padahal aku tak packing apa pun masa tu.

bayangkan pakcik dan anak dia ni lah yang tolong packing. siap kotak semua. cuma kita kena monitor apa yang kena bawa dan bagitahulah nak letak / susun barang kat mana. Tuhan saje dapat balas kebaikan mereka ni.

dua kali aku guna servis dorang, kagum dengan cara dorang bekerja. dalam penat-penat angkut barang tu boleh buat lawak bagai siap tanya nak susun mana barang. kalau kita mahu dah masam muka malas layan orang. paling terkejut, bila tanya bab caj/upah, dia kata ikut kemampuan, seikhlas hati. bayangkan? jadi aku bagilah ikut rate sekarang, and lebih sikit masa kali kedua tu.

sebenarnya aku kenal pakcik ni pun Farrah yang bagi nombor, so benda baik marilah kita share. kalau nak lori untuk pindah rumah area putrajaya/kl/selangor boleh contact En.Wan 010-5442798 dan anaknya, Haikal 017-3849121.

ha disinilah rumah yang ada hantu cina perempuan tu, hahah! nanti aku post kat blog kak peej dalam edisi Expose Mistik :p

ok bai.

No comments: