Monday, March 21, 2016

minyak kelapa dara dan kebaikannya kepada diri ini.

sejak jadi ibu-ibu ni, memang takda lain lah kerjanya. baca. baca. dan membaca. itu je kerja, dah macam buat research dah aku ni. siap print out. tak puas dengan desktop kat office, sambung kat handphone. 

so bila nampak aku main hp bukan chat ok, aku tengah google-normal-tak-bayi-kerap-yak! 

hehe, aku rasa semua ibu-ibu sedunia pun sebegini, memang ada anak ni sebenarnya banyak kena try and error. sesuai ke tidak, boleh ke, apa kesan sampingan semua kena ambil tahu. dari hujung kepala hingga hujung kaki. 

emosi anak = emosi ibu. anak happy, happylah si ibu. comel si anak, comellah si ibu. eh!

ok nak share, ini produk. mak aku lah ni suka suggest itu ini. 

"anak kwn mak doktor tu sapu satu badan anak dia dgn vco, cuba angah try .."

vco, virgin coconut oil. minyak kelapa dara.

eh, why not? sebelum ni memang aku makan yang pil satu brand tu, now tukar. aku mahukan penyerapan yang optimum, so aku pilih yang ini. 

biasa lah mak-mak kita memang ada juta-juta petua. kita dengar, jangan melawan. ada rejeki kita try, kalau mujarab, Alhamdulillah. 

selain telan tiap malam 2 sudu cecair VCO ini, satu badan budak ni aku sapu, aku tengok terkawal ekzema anak aku. makanya, sejak jadi "Bro Organik" ni, VCO ini paling win.



ok nak list kan kebaikannya, aku dah pendekkan. yang panjang baca di SINI; mohon hadam.

  • Boleh meningkatkan penghasilan susu dan memberi nutrient kepada ibu yang menyusu. 
  • Boleh digunakan untuk memulihkan kulat susu (trush) di lidah bayi kerana sifatnya anti-fungal. 
  • Untuk urutan badan bayi anda. 
  • Sapuan untuk merawat ruam susu di pipi bayi anda.
  • Sapuan untuk merawat ruam lampin bayi anda. 
  • Melegakan hidung bayi yang sedang selsema. Biasanya hidung bayi akan merah semasa selesema. Sapukan untuk melegakannya. Sifat minyak kelapa yang anti-bacteria mampu mengurangkan gejala selsema bayi. >>> ulang lagi : VCO ni bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa.
  • Boleh juga digunakan sebagai ubat gigi bayi.
  • Pelembut rambut anda dan bayi. 
  • Menghilangkan cradle cap atau kerak di kepala bayi. 
  • Baik untuk bayi yang mempunyai eczema kerana minyak kelapa melembutkan kulit.
  • Kerana sifatnya yang anti-viral, minyak kelapa dara juga baik disapukan di tangan, mulut dan kaki anak anda yang sedang demam kaki tangan dan mulut (hand-foot-mouth desease) >>> dah kata tadik : VCO ni bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa
  • Baik untuk melembutkan bibir yang kekeringan.
  • Melebatkan rambut. Kesannya rambut yang lebat dan tebal.
  • Mengurangkan rasa gatal di tempat bekas gigitan nyamuk atau serangga. 
  • Sapu di muka bayi yang mempunyai jerawat bayi (baby acne).
  • Menanggalkan secara lembut makeup, foundation dan mascara.
  • Melegakan kesakitan akibat jangkitan telinga. 
  • Melegakan batuk, selsema dan kesejukan (flu) pada bayi. 
  • Boleh sapu diperut untuk mengelakkan kembung perut bayi. 
  • Sebagai face moisturizer semasa berpantang dan hari hari seterusnya. Ia mungkin membuatkan kulit muka anda berminyak sedikit tetapi tidak membuatkan kulit anda berjerawat. Minyak kelapa dara dapat menanggalkan kekotoran dan minyak berlebihan yang terperangkap di pori-pori kulit
  • Boleh disapukan pada jahitan episotomy dan natural tear untuk mencepatkan penyembuhan luka dan memudarkan parut.  
  • Boleh membantu melawaskan sembelit semasa berpantang atau hari biasa. Tambahkan minyak kelapa ke dalam diet harian.
  • Mengurangkan kesan stretch mark.
  • Gunakan minyak kelapa dara sebagai minyak masakan semasa berpantang.
  • Boleh di sapu di bahagian dubur bayi untuk melegakan kesan sembelit. 
  • Diambil untuk mengurangkan jangkitan yeast dan candida bagi wanita hamil.
  • Hilangkan kehitaman di bawah mata. 
  • Sapukan diperut ibu yang mengalami ketidakselesaan 
  • Boleh bantu mengurangkan berat badan dengan pengambilan minyak kelapa dalam diet harian.
  • Untuk kesihatan sistem penghadaman jika diambil dalam diet seharian.
  • Boleh sapu sebagai pelembap di bahagian tubuh yang kekeringan.
  • Sifat minyak kelapa dara yang antioksida juga mampu menghilangkan kedutan di wajah. 

BANYAK KAN PEKDAHNYA!? setakat ni 90% list di atas aku buat, Alhamdulillah serasi. pelaburan yang bagus, aku beli dengan harga RM39.90 sahaja (eh tapi ritu pau Farrah punya sebotol ;p) harga bukan ahli cosway. ada size lagi kecil RM20.00 gitu. Boleh beli di cosway, dan mana-mana AEON ke atau pasaraya lain yang ada bahagian organik. 

kalau ada brand lain yang uolls pakai boleh lah komen di sini yekk, sharing is caring muah!

ok bai.

1 comment:

funky_D said...

sama la kita!! sep sket. heheheh
jenama cosway memang paling murah. penah beli jenama lain yg botol kecik 200ml kot harga rm30! sbb apa mahal? sbb konon nya guna kelapa merah. apa tu kelapa merah??? hahahah
so baik beli cosway je. dah la besar. boleh tahan lama lak tu.