Friday, March 4, 2016

#throwback asmaul husna


di pagi jumaat yang mulia ni otw pergi kerja radio pasang asma'ul husna versi sejibik masa aku sekolah agama dulu. aku dah tersengih-sengih*cough cough* 

setiap kali perhimpunan kami akan ramai-ramai baca asma'ul husna ini. part mula-mula kemain bergaung satu sekolah suara kami. semua taknak kalah dengan mempamerkan suara merdu, suara konserto bagai. bersemangat! tapi.. bila tang tengah-tengah tetiba makin slow suara..makin lama makin sunyi..sampai dengar "humming" saje..lama-lama boleh dengar bunyi cengkerik dari padang sekolah *krik krikk krikkkk*. tapi bila dah sampai verse akhir kembali bergaung suara!  wakakak! tak hafal lettewww ~

oh mennn, rindu betul zaman sekolah rendah tersebut. pagi sekolah biasa, petang sekolah agama. tapi adalah budak tu an, masuk darjah nam dah takmo sekolah agama, alasan bagitahu kat mak? penat. nak fokus UPSR.

kah!

*terpikir adakah anakku akan begini jua perangai* 

ok jom baca asmaul husna 99 nama Allah S.W.T.

ok bai.

ps : baideway, UPSR i 4A okay, cewah. 

No comments:

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...