Tuesday, March 8, 2016

bayiku dan ekzema.

aku rasa tips dari topik ini lebih penting untuk ibu di luar sana berbanding tajuk pengalaman bersalin dan bf journey aku, so aku dahulukan topik ini ya. 

ekzema.

bulan pertama, OK.

bulan kedua, OK.

bulan ketiga TAK BERAPA NAK OK! muncul dah penampakan dia. merah-merah di pelipat kaki dan tangan. there you are, anak i kena penjagaan diri yang "high-maintenance" teww! me tryin' to be positive.

*nanges*

ok, it is ekzema. masa check-up pun doc cakap it is mild eczema. sama macam amak dia lah. mula-mula aku frust gak. tapi lama-lama, aku ok. redha.

ekzema ni apa yang orang ramai tahu adalah kulit-sensitif-tak-tahan-panas-takleh-makan-seafood-gatal-gatal-so-garu-garu, ha betullah tu.

aku tahu sebab aku sendiri ekzema. kulit kering, lagi dalam aircond. tak tahan panas, takleh berpeluh. baik stay indoor, joging pun bila cuaca tak panas. so, as a mak now aku kenalah usaha, demi anak, dan untuk diri sendiri gak. aku join Kumpulan Sokongan Ekzema kat FB, which is sooooo full of informations. cuma kena rajin membaca macam mana nak tackle penyakit ini. 

setelah kaji files dalam KSE, aku ringkaskan je. ekzema ni kita kena pulihkan dalaman dahulu, baru luaran. 70% dalaman, 30% luaran.

jadi, apa yang aku sedang amalkan adalah ambil vco, olive oil, ayam organik, kurangkan makanan manis, makan A LOT OF SAYUR dan penjagaan luaran yang lebih terhadap anak seperti elak tempat habuk, sebab aku sendiri alah habuk.

so, doakan kesihatan anak aku, doakan dia kembali flawless handsome macho sihat dan ye, paling kena doakan aku sentiasa bersemangat dan istiqomah mengamal pemakanan sihat ini sebab setakat ni hero aku tu exclusively bf.

okay nah belanja gambar anak. kang ada orang kate aku poyo macam Lisa dan Yusry sorok gambar anak pulekkk ahaks!


gambar pertama keluar blog amak dia! weeee!


masa kena tahan NICU sebab Yellow - Coldplay


 acah gugurl, masa ni flawless lagi tanpa ruam.


nak masuk 3 bulan, dah start ruam cucu.


 tu nampak kat perut. rupanya dia alah pada minyak angin dia T_T 


ini latest, nak masuk 4 bulan. nampak kat pipi and pelipat tangan dia tu? kalau duk dalam aircond dia jadi lagi teruk! merah cangad. yes, ekzema dalam aircond yang kuat pun teruk sebab aircond boleh keringkan kulit. 

sebenarnya cuaca paling elok dia adalah masa hujan, cuaca cejuk semulajadi. gitewww. so kenalah duduk hutan sejuk bina rumah macam dalam Twilight kan..puak vampire betul kami ni, kah! 

jadi, dah tak tahan panas caner nak jadi footballer seperti Ozil? kena tukar jadi doktor ni, Dr. Aezril Cullen. #tetibe.

ok bai.

No comments: