Monday, April 18, 2016

the mondae rant

suami dah sihat dan boleh kerja, cuma kena kerja shif pula. cabaran dia adalah, weekends i'm alone-alone jaga itu budak ojil, kah! padan muka, selama ni ayah dia ada sedap semua ayah dia buat. now? 

hari pertama memang nebes kena tinggal berdua. dalam hati berdoa "please jangan yak, plss plss jgn yakkkk, tunggu ayah balik nanti k?!" dang! ojil yak. first time dukung dia masuk bilik air cuci montot. masa aku bergelut bukak pampers, dia siap gelak-gelak. kuang asam punya anak. hahahas!

so masuk minggu kedua ok dah, aku boleh handle semua. cuma dia aku tgk pantang aku jauh ciked. huaaa melalak screamoooo, ibu sidekick baru tahu. dan dia ni ada perangai aku, suka tidur atas lengan mak dia so kalau dia tidur aku makan sambil dia tidur di bisep sado ku, and paling geram, TAK MAU TIDUR BILA ADA TETAMU DATANG UMAH. 

so pepagi isnin macam nak pump susu sambil tidur zZzz ~

ok bai.



Monday, April 11, 2016

pelupa teroxxx!



kah!

ini cerdabas dah sebenarnya, saja throwback cikid.

sesetan-setan aku, aku belum pernah pos gift terpakai kat customer. ini sumpah kes TERpost sekali dalam parcel tudung. 

aku ni pesen kalau keluar (tanpa bayi) memang bawak seketul wallet and handphone sahaja. handphone aku selit dalam wallet, and hari tu aku selit sekali aku punya lip ice dalam wallet. 

so sampul tudung : tudung + lip ice + wallet + handphone.

nasib baik tak pos handphone abcsjdfhdhfgjhjkhgkjhkjgh!

ni lagi satu bukti.

lupa perkataan benda-untuk-charge-phone-tanpa-suis tu pebenda tah! pa namaaa apa namaaa...pa namaaaa, alaaa yang tu tuu ~~~ 

sampai ke sudah aku tak jumpa perkataan tersebut. balik rumah. nampak benda tu puas aku pikir, akhirnya..

oh powerbank!

bukan nyanyuk k, it's momnesia. sedap sikit dengar :p


:)


ok bai.

*cerdabas : cerita dah basi