Wednesday, November 9, 2016

Resipi Makanan Bayi Ozil Berumur 1 Tahun

bahan-bahan;

  1. dada ayam (antibiotic residue free)
  2. celery /  brokoli / carrots (optional ikut nak tambah sayuran apa) 
  3. bawang putih
  4. bawang merah
  5. tepung atta (unbleached flour) / gluten free flour (sometimes guna tepung beras cuma tekstur jadi kenyal) 
  6. pink himalayan salt (kalau dah guna celery, tak bubuh garam pun ok)
  7. bread crumbs/oats

cara - cara;

memandangkan saya adalah pengguna Autumnz: 2 in 1 Baby Food Processor - Steam & Blend, so proses masak jadi tersangatlah mudah. 

caranya adalah... POTONG KEKECIK SEMUA BAHAN - STEAM - BLEND!

masa blend ikut tekstur yang kamu mahu. since Dak Ojil dah setahun (gigi pun baru nak tumbuh) so tak blend sampai betul-betul hancur. bagi ada kasar sikit itu tekstur, baru seronok budak itu makan :p

dah dapat campuran bahan yang siap blend, tambah tepung. dan bentukkan bulat-bulat atau kalau rajin belilah kat daiso tekap-tekap bentuk love tu ke hahaha dan gaulkan dalam bread crumbs/oats.

tapi untuk aku yang buat stok seminggu, aku just bulat-bulat letak dalam bekas ais. bila nak makan terus goreng/steam balik guna food processor di atas, bijak kan? bila rajin aku goreng garing guna lah olive oil sekian terima kasih.

ini stock fresh untuk 1-2 hari, sebelum buh dalam freezer.

ini dah transfer stock frozen. 


yang penting,  #glutenfree #eggfree #nutsfree #diaryfree #homemadebabyfood #organic

ok bai.

ps : mak-mak yang masih survey food processor aku suggest beli Autumnz ni je sebab 2 in 1, nak beli guna kutu pun boleh. boleh halo-halo aku :D

Tuesday, November 1, 2016

setahun jagung

dah 1 November aku tak wish lagi anak aku birthday pertama dia on 29 Oktober hari tu di media sosial dengan ayat-ayat panjang, haaaahaha!

tak taw nak mula dari mana sebenarnya :')

dalam kesibukan aku menjaga anak aku tu, dalam masa yang sama mencerminkan macam mana mak aku melahirkan,  jaga dan membesarkan aku dulu. kadang-kadang terlupa tanya mak makan apa di kala kita sibuk masak untuk anak kita. see? 

so, selamat ulang tahun pertama menjadi mak budak Balqis, dan selamat ulangtahun pertama Muhammad Aniq Aezril a.k.a Ozil.



ok bai.

ps : handphone rosak, dalam proses kumpul gambar setahun ;p