2015 aku berpeluang masuk bilik prosedur bawah tanah kat HKL aku pun xtaw panggil bilik apa. Nampak je HKL tu bangunan buruk, tapi..
Lepas suami aku buat prosedur angiogram tiba-tiba doc panggil aku "Puan nak tgk ke visual nye, nnti sy explain". Aku punye tanye aik boleh ke masuk die kata "takpe sy ada"
Masuk je bukak pintu tu, wow! "luar setinggan dalam kondo!"
Terkesimah jugak la aku tgk peralatan gilababs canggih mcm filem omputeh tu. Macam x percaya. So aku masuk dalam bilik penuh screen pc besar2.
something like this.
Doc swipe2 je screen bukak files and tunjuk what is in my husband brain. MasyaAllah. Details gila segala salur darah dalam otak. SubhanAllah.
Doc explain why husband aku x masuk OT lagi, sbb OT HKL yang pakar-pakar link dengan Emergency. Segala kes emergency eksiden semua dorang hantar situ.
Since condition suami aku ok lagi so they have to utamakan yg lebih teruk utk diselamatkan. Kat Malaysia ni tak ramai pakar bedah neurologi. So mak mak jom doa anak jadi doktor and doktor pakar boleh tolong orang ramai 😁
3 hari tangguh operate, aku sabar je. Berapa kali suami aku kena puasa tapi cancel. Dgn keadaan aku 7 months pregnant, faham-faham je la penat macammana. Masa the day suami aku akhirnya jadi operate aku xdpt hantar depan OT. Doc call, aku cuma mintak tlg kat doc "Doc buat lah yg terbaik utk dia"
Insyaallah puan, kita minta tolong Allah permudahkan.
Siapa pernah melawat/pergi wad neurosurgeri tahulah keadaan dia macam mana. Siapa lemah semangat xyah lah masuk. Wad penuh orang koma. And orang operate kepala botak kesan jahit semua 😩
Doc dah pesan lepas operate memang akan dipantau dalam ICU. Dan lagi sekali aku terkesimah tgk ICU dorang canggih gilak. Alhamdulillah husband aku dlm keadaan sedar sihat cuma bengkak area atas mata sbb dorang operate via mata idk. Tak mahu byg haha.
Moral of the story dont judge a book by its cover. Nampak je HKL tu buruk tapi aku salute sistem dorg. Staf baik-baik. Itu belum lagi cerita masa mak aku kimo kat sana, Alhamdulillah rezeki mak aku misi & doc baik-baik.
So kalau ada staff HKL kat sini, semua Tuhan permudahkan urusan kalian. Tuhan saje dpt membalasnya. 😊
ok bai.
No comments:
Post a Comment