Balqis.
Eh.nama ape tu? mcm nama lelaki je, pelik.
itulah feedback yg selalu aku dpt bila bgtaw nama aku zaman sekolah rendah dulu.
Nama aku Balqis, a ah..Balqis sahaja, nak sebut pun susahkan? kawan2 kt sekolah yg nakal selau ejek nama aku 'cookies' la, 'friskies' la, 'paku pakis' la..mcm2 lah. Mak aku pun pnah cerita..jiran2, kawan2 mak selalu tanya kenapa lah letak nama mcm tu. haih. itu dulu lah. manusia2 masih jahil. haha.
zmn aku kcik...nama Balqis ni amat2 RARE kamu tahu? dari zaman bangku zaman sekolah rendah ke menengah, di sekolah aku..aku sorg ja bernamakan Balqis. zaman aku di ipta pon begitu. masih satu2nya Balqis. dan hingga sekarang. di tempat bekerja.
so aku bila pergi mana2 pon, nama aku senang diigt. lagi2 kalo pergi kursus ka, dlm kelas ka, cikgu2 atau penceramah asik2 panggil nama aku. haihh. dh xleh nak bersenang2. selalu je kantoi xtaw jawapan. tp kdg2 rasa mcm cpat femes. hahahaha.
*kembang hidung.
kita selalu dgr...kalau baby asik menangis tak henti2 lagi2 bila di panggil namanya, maknanya nama tu xsesuai..berat nak bawak. aku dulu jenis non-stop crying baby gak, tp mak aku x tukar pon nama aku. aku ok je smpi skg, masa baru lahir mmg aku menangis aje. tp mak aku xpercaya kot benda2 mcm tu.
oh ya! tak boleh nak perasaan sgt. aku igt lagi masa di tingkatan 1 di smkpp. ada sorg ni nama mcm aku. tp ejaan lain. Balkeis or Balkish aku xpasti. dan yang ironi nya, dia seorang lelaki. Ya, LELAKI. aku tak tahu kenapa mak apak dia bg nama tu. kitorg dulu penah gaduh, kawan2 abg tersebut ( masa tu aku form1 dan abg tu form2) ejek aku yg nama aku nama lelaki. bodoh btul. mmg jahil la manusia zaman tu. hahahhaaha. tp, aku rasa skg mereka dh sedar kot. hwehweh.
tapi itu dulu lah. nama Balqis mmg jarang2 berlaku. tp sekarang, nama Balqis dah xpelik dah. hahhahaha. baby2 pon ramai aje name Balqis. selalunya parents letak dua la, xmcm nama aku yg seketul ni je. ade sorg baby nama Qistina Balqis.cantek kan nama tu? teringat aku pd sorg kwn setadika aku. namanya Normala Laila, sdapkan? dia kata..laila tu sempena nama neneknya. suka aku nama tu.
dan pulak skg nama Balqis ini pon dh dikomersilkan..hahaha..produk safi Balqis pon dh ada. dan juga Juara Lagu Tahun 2000 ka 2001 aku igt, dendangan penyanyi yang aku tak minat, Siti Nurhaliza. so skg ni, bila aku bgtaw nama Balqis. org akan ckap. Pergghh..ratu balqis..sdap nya nama...semua puji2an la..xmcm zmn kanak2 aku.
pening kan kalo ada ramai mempunyai nama yg sama? (ciss! belagak aku ni) igt aku lg masa di tingkatan 5. kawan kami 2 orang bernama firdaus. sorang M.Firdaus bin Shafie, sorang M.Firdaus bin Syawal. utk ilangkan kenkonfiusan, kitorg panggil dorg nama bapak dorg, hahahah. siyes...yg sorg kami panggil Syawal, sorg kami panggil Pi'e. hohohoh. melekat nama tu smpi skg. sama jugak dulu kalo ramai sgt bernama Ina (contoh). Maka, terkeluarlah gelaran2 yg kdg2 best dan kdg2 x best. Yang best kalo panggil Ina Comel ke, Ina Tinggi, Ina yang Pandai tu ke, dan xbest nya kalo panggil Ina Gemok atau Ina Kepoh. Sungguh xseronok kan. Ini contoh sahaja oke, x baik menggelarkan orang.
oke berbalik pada asal usul nama.
kamu tahu kah dari mana mak aku dapat nama ini? tak kira..aku nk bgtaw gak. hahaha.
mak aku ambil nama aku ni sempena nama isteri Nabi Sulaiman A.S., Ratu Balqis (dlm arabnya Bilqis) seorang Ratu yang memerintah negeri Saba'. Ratu Balqis ni sebelum mengahwini Nabi Sulaiman, dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah S.W.T. Beliau seorang wanita kaya-raya yang mempunyai singgahsana yg amat besar dan gahnya. Ratu Balqis ni juga seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai otak yang sangat cerdas dan sgt bossy.
Oleh kerana kebijaksanaan, kekayaan dan besarnya kerajaan Nabi Sulaiman, Ratu Balqis yang dulunya bajet bagus dan hebat serta ego itu tewas. Akhirnya Ratu Balqis memeluk Islam dan perkahwinan mereka terjadi pada hari Jumaat. Aku dah pendekkan cerita sebenarnya, kalau rajin..google aja Ratu Balqis.
sedikit sebanyak cerita Ratu Balqis ni mempengaruhi aku. Dan orang selalu kata, nama kita ni akan pengaruh kita pnya personaliti dan sikap kita. aku rasa ada sikit la, garang, ego dan sikap memerintah ada dlm diri aku ni. mmg x boleh nak di elak. aduh.
tapi aku mungkin xlah secantik Ratu Balqis, sbb tu aku kata aku kdg2 rasa berat bawak nama ini. aku ni biase2 je. comel sket tu adalah la kot. hahahaha dan korang perasan tak kalau dlm drama atau filem yang ada watak namanya Balqis, contoh yg dpt aku kesan adalah lakonan Waheeda dlm Nana Tanjong dan Nabilla dlm drama Maya Sutera. kedua2 watak bertudung sopan. heee. nama Balqis ni selalu menggambarkan seorang wanita cantik, alim, sopan santun, berbudi bahasa..semua2 yg baiklah. tp aku? x lah seperfek itu.
sbb itu aku selalunya x bagi org sekeliling pnggil nama penuh aku, Balqis. dan kebiasaanya..panggilan Qis@Kis adalah nama manja ku. hahaha. kawan2 rapat dan teman sepejabat mmg aku suh panggil Kis saje. xyah susah2 sebut penuh. usikan2 seperti..kis, can you kiss me, kis i want to kiss you lah..aku dh lali dgn usikan2 mcm tu. dan ada juga yg agak dengki akan panggil aku Bal. hahah. aku oke je. hahahah dan yang paling aku suka Dia sebut nama aku, Dia ni asal pantai timur, so bila sebut aku, dari Akiss, jadi AKiHH. comelkan? ahaha. bodo je.
oh, last. aku nak explain siket pasal nickname/screen name aku yg selalu aku gunakan di web2.
*akiss ferrero @ blog : asal usulnya nick aku di myspace dan url myspace/akiss_ferrero_rocka. dan dh tentu la sbb aku amat amat amat suka cokelat ferrero rocher. sampai aku angankan majlis kahwin aku dipenuhi cokelat tersebut.
*akiss lee abdullah @ facebook : kenapa lee? bg yang masih tak tahu lg, nenek moyang belah mak berketurunan Baba Nyonya Melaka. Surname nya Lee. dalam ic xletakpon nama tu, sbb ikut famili apak. dan abdullah tu, nama sbnr apak aku.
*akiss not kool @ myspace : oh, aku dh tak kool sbb dh xmain mespes, dan aku makin mls ke gig2 atau event2 art di kl. siyes. dan aku dah lupa bila kali terakhir aku jejak kaki di BB. seriyes, aku dh tak kool.
*ah kis joo rin @ friendster : hahaha. aku tiru kwan yg suka nick ah kwan. joo rin adalah watak pelakon comel korea My Girl. dan aku rasa watak itu mcm diri aku. walaupun dia x secomel JangNara, tp aku sgt2 watak itu. seorang kuat tipu, tapi tang cintan2, kenot tipu2. heeeee. dan aku sgt2 in love dgn Seol Gong Chan shiii ( lee dong wok..sila google.)
aqiess_lp @ yahoo : ini emel lama dh aku buat, masa zmn sekolah. dulu aku suka eja aqiess..tp mcm susah org nak igt kan? sbb tu tkar akiss, gedik sket. hahah. lp? of kos Linkin Park. aku mmg gila2 pnya kipas susah mati LP. hahahaha. bg Lp adalah band terbaik aku, aku sgt2 suka lirik2 lagu mereka. mmg terbaik. malah, aku sgt2 suka itu vocalist nya, Chester Bennington. biarlah org kata mcm budak2 pon. aku takesah.
fuhhh. cerita pasal nama siket punya pjg lebar. ehh jap.ini last punye last. ngee
ade lg pasal nama. aku dah rancang nama utk anak2 aku nanti. ahak ahak..
kawen pon ntah tak tahu bila dan dgn sapa, dh berangan nama anak.
jika lelaki, aku suka nama Zariff Eszery. wuu wuu..kacak kan nama tu. jika pempuan aku suka Izza Medinna. Jangan curik k nama2 ni. hahaha. aku suka nama medinna lama dh, sejak aku jd guru tadika masa lpas SPM dulu. ada bdak nama Medinna, sgt comel dan manja. bukan sbb watak medina si fasha sendat dlm maya sutera, nyampah aku die pki nama tu. hahahah.
ok bye!
5 comments:
kak akis sayang...
nama saya pun satu perkataan jer...
ahakz....
nama bukan balqis juga bukan?? hhwehwehwe
rare ke dulu balqis niii ? haha banggem la tu ! nyampahhh.
dulu nama aku ada 2 time darjah 5. aku org panggil hannani K (kamal). lagi satu org panggil hanani J (jailani *kot) hehe.
pastu masuk poly name yg paleng x glemer skali ade lah liyana. ada 3 org satu clas tu nama liyana.
btw aku sukaaa nama balqis. kinda sweet. haaaa. heee.
ok aku nak panggil hang BAL. jadi x sweet. (jeles)
nama saya NAZRUL AKRAM
sungguh RARE namer sayer.. uhuuu...
tq hannani k, mcm best gak name tu. mcm Julien K.
pnngil la bal, baru macho aku rase. hahahahha. dulu mmg rare. skg ramai sudaaa.
chait. nazrul akram pon nak jugak. ahahhahah
Post a Comment