ya. pepatah lama. tak kenal, maka tak cinta. btul la tu. bukan aku nak sangkal.
tapi...x semuanya jadi maka nya cinta. btul tak? ntah la kalau korg.dan org juga selalu kata 1st impression tu penting. btul tu..betul! lagi-lagi dalam bilik interview kerja dan 1st time di bawa berjumpa bakal mak apak mertua. kadang-kadang kita tak jadi diri sendiri bukan?
eceh. macam serius entri kali ni. hahaha. jgn siyes2..aku bukan jenis macam pemuisi pandai main kata2. hehehe.
aku saje nak kongsi pengalaman hidup. aku sure...korg2 ada akaun myspace, friendster, facebook dan mcm2 lagi benda2 alah yg sejenis dengan dengannya. dan tentu nya lah byk kawan2 baru berkenalan.
yang perempuan, asal nmpk lelaki kachak..dan dan tu 'add to friend'. begitulah juga lelaki. pantang nampak gadis comel dgn pose manja, pose seksi nampak sekerat dada, pose paling menggoda dgn kamera dslr, pose dengan rambut pjg mengurai, dan pose tipikal yg sampai skang masih 'hot' dan akan jadikan diri kita 'laku' ..yakni pose dari sudut 45 darjah dari atas. plus kalo letak rambut emo-emo sket beserta spek mata lebah. hahahha.
cis, aku ni. kata kt orang. mcm aku xde. contoh terdekat default pic aku kat facebook. mmg gedik, nmpk comel dan mmg laku, hari2 byk friend request. hak hak hak. dan pernah jugak aku letak pic poyo2 aku free hair..beraksi ala-ala roksta. haha. mmg 'panas'.
ada sorg mamat ni, aku knal..dan agak femes kt facebook. dia add aku masa aku guna pic free hair tu. lpas dh aku approve, dan saling ber 'poke-poke'. xsampai 2 - 3 hari. dia delete aku suda. hahaha. mungkin bila tgk aku ni tak se'hot' yg di sangka, perempuan bertudung yang biasa2 aje dan tak se'hawt' yg diharapkan...terus x berminat berkawan. aku gelak je tgk lelaki kelakuan lelaki itu. aku malas nk sebut nama dia. lelaki oh lelaki.
ok. lupakan alam maya - internet. nak juga aku bercerita di alam nyata. heee.
pon serupa juga. mula2 xkenal, kita berkenalan. mula2 tukar no fon, ber sms smpi tgh mlm, kdg2 kol bila ada kdt lebih, kuar minum sama, tonton wyg sama. jika di kolej @ u, kita akan ke library sama, gayut di public phone sehabis duit syiling di tangan. mcm2 lagi lah aktiviti semasa acara sesi perkenalan.
membebel lagi aku.
masa ni la paling manis. semua benda sanggup, sanggup abis duit, sanggup berjalan kaki sama even jauh, sanggup bersekang mata kerana nk meng'ejas'. heee.
so..berapa lama kah sesi sanggup segalanya ini akan bertahan? hahhahha
ok.. aku jawap sendiri...kalau aku, paling lama 3 bulan. kenal2... aku ni jenis cepat baca orang, dan sensitif sgt dengan segala peri laku org. hahaha. mula2 aku sukaaaaa sgt dia. tapi bila kami mula berkawan, aku mula sedar sikap baran dia, nak kata dtg bulan...dia dah tentu lelaki, selalu marah2, ape aku buat semua salah..
macam buku bertemu ruas. sebenarnya bila aku kutuk dia, aku kutuk diri aku sendiri. macam cermin diri aku sendiri. aku memang ada sikap baran, degil dan ikut kepala aku aje. mungkin sebab tu la jadi mcm ni. akhirnya aku tanya diri aku sendiri, lama mana aku boleh bersabar?
masa terus berjalan, dia ni sekarang sudah bertukar menjadi seorang yang amat annoying dan killjoy bagi diri aku. kalau nak tahu, sekarang ni hari-hari ada aje hal tanpa sebab yang nyata untuk kami mengejek dan berbalas kata-kata menyakitkan hati masing-masing. haha. kadang-kadang 2-3 hari aku x tegur dan buat dia mcm tak wujud kat sini. padan muka. aku makin tunjuk diri aku sebenar. ow..tak tak..kami tak bercinta pun...sumpah!
aku rewind siket masa aku masih penuntut.
masa di semester pertama. aku ada minat sorg ni. kachak nak mampuih. sekali bila aku dengar suara dia, hakhakhakhak..( blum cerita aku gelak dulu). ok, suara mmg xbest..ala2 donald duck...sengau2. hahahha. jahatnya aku! pulak dia ni suka buat lawak pelik dan loyar buruk. perangai mcm budak darjah 4, haih. lagi pon masa tu aku jenis x paham loghat Pantai Timur. aku macam...oh...xpe...cancel la. hahahaha. (cis..mcm aku perfekto sgt.)
dan di semester 3..aku ada berkenalan ngan sorg abg ni. xla sekachak lelaki2 di atas. tapi best woo...baru sekali kami bergayut dah mcm 10 tahun kenal. baik pulak tu. kool je, x pnh marah2 aku, dan yg paling best suara sdap. seronok benar kalo bergayut dlm fon. hahahaha. so..ending nya..aku kapel ngan dia selama 1 tahun ++. sbb ape clash? aku citer lain kali. sbb bila kenangkan dia, aku amat sidih!btul la org kata, don't judge a book with the cover. dan, setakat umur aku skg la, aku x jumpa lagi lelaki yg cukop pakej nya, yakni kachak, bijak, dan kool. kadang-kadang aku rasa xde istilah prince charming dah dalam hidup aku. manusia memang tak sempurna mana kan?
so. renung2 kan la. anda mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment