sabtu. saya balik kampung, melaka. melihat progress rumah kami di kampung. nampak alamat di bawah? jangan lupa hantar kad raya!
di kampung saya ada seorang budak bela arnab. arnab itu ada 6 ekor anak yang semuanya kukumalu (pemalu) yg masih kicik dan comel. uuuu..mungkin ini lah yang saya akan buat utk mengisi masa lapang dikampung - main arnab!
hari ahad pula, saya bersama rakan-rakan serumah telah pergi ke sg.chongkak. 1st time saya sampai di situ, kira ok la. air pon bersih. selain mandi manda (saya tak takut air sungai, so xde aksi campak2 dan heret2 ke dalam air) , saya juga menjala ikan. tp hasilnya tiada sebab tiada kesabaran. banyak btul ikan di situ, sehingga menggigit2 kaki kami macam spa ikan yg selalu ada di kompleks beli-belah sekarang ini. makanan tghhari sgt sidap, bukan calang2 lauk. ada asam pedas (nenek sedara bg dari melaka smlm), nenas masak asam ikan masin (xtaw nama sebenar), ayam kerutuk berempah (farrah masak tgh2 malam sabtu), telur dadar, daging burger cincang berbawang cili merah (resepi Nana Gucci..hehe). seronok btul di sana. air sejuk sangat oke. oh, selain itu. ada juga aktiviti mandi bawah jambatan, bunga je xde! heee.
umm. semalam, isnin. saya masuk opis lambat, jam 1.15tghari. ish lambat btul kan? so semalam banyak kerja. haih. oh ye. so sangat penat. malam makan tomyam poktek (pernah dgr atau makan? aku cerita lain entri) utk makan malam. dan, berita terkini, lagi sorang rakan satu rumah saya akan bertunang hujung bulan ini masa cuti raya cina. so spt masa farrah bertunang dulu, malam lepas dinner, ada 'OT' dirumah, mengubah hantaran. tp dlm gambar di bawah ni tak siap lagi tu, hasilnya nnti la aku upload.
err. macam gedik je guna kata ganti diri 'saya'.
*oh ya. jumaat lepas aku ada hantar gambar ke http://www.persetankan.com/ untuk edisi tahun lepas. dalam 5 yg dihantar, Babai 2008 yg dipilih. sepatutnya aku nak tulis Hello 2009, tapi..kesilapan teknikal . ish. huheeeee. kamu berminat, submit je ke web dorg tu melalui emel yg tertera di web tersebut. tq
1 comment:
gamba patrick tuh cute!
;D
Post a Comment