Tuesday, January 13, 2009

Pekak!

bunyi-bunyi yang menyampahkan.

1. bunyi hentakan kasut tinggi wanita. mmg benci. mcm dia sorg tahu pakai heels.

2. bunyi segugus kunci yg banyak, lagi2 kalo dibiarkan berbunyi berdecing2 sambil berjalan ke sana ke mari. dan paling teruk apabila dicampak atas meja. arh!

3. bunyi TELEFON PEJABAT AKU. heee. sangat annoyying bunyinya lagi-lagi masa aku ada banyak kije, aku malas nk jawap telefon. so, utk mengatasi masalah nya, aku "silent"kan terus talian sambungan 6569 aku, dan aku letakkan bawah meja aku sejak naik cuti raya tahun lepas. maksud silentkan terus tu bukan aku cabut wayar terus ok. hehe. minta maaf ofismate, anda tahu mcm mana nak kontek aku, tambahan pula aku sekarang pakai 012 dan 013. oh jangan risau, bos aku kalo nk cakap ngan aku dia prefer dtg terus jumpa aku, so, aku xde masalah dengan bos. heeeee.

*senarai top 3 aku boleh bagi sekarang ni. saje nak bgtaw aku ada di pejabat, aku tak cuti "bertenang" pon. sekian. sambung kerja.

4 comments:

Anonymous said...

saya plak x ske bunyi org memekak!!

hak3
=)

Hannani Kamal said...

wahaha. hang tak pakai heels ke akiss? sep sikittt

Anonymous said...

u silentkan telefon ofis? i think it should be on and function. it shouldnt be silent and kept under desk, rite?

habis kalau pelanggan nak call mcm mana? mcm mana pelanggan nak berurusan dengan agensi kerajaan?

(sorry, i assume sebagai penjawat awam, kita akan berurusan dengan orang ramai/public walau pun sikit... but even kerja u tidak menuntut u utk berurusan dengan orang ramai sekali pun, i masih rasa perbuatan silentkan telefon ofis (hak kerajaan) adalah tidak proper)

p/s: maaf kalau komen ni dilihat agak keras. tidak bermaksud apa2 pun, cuma sekadar ingat mengingatkan sesama penjawat awam. thanks. :)

akiss. said...

manusia rumit = oh. sama la kita. hee


Hannani Kamal = yeah. sep seep. kasut ak g kije pon 1.5inch je. hehehe


- typicali = oh hai. Asssalamualaikum. (masuk rumah org)thanks btw baca blog i ni.

yes i know mmg x proper silent kan tefon ofis. and fiy, kerja i tak melibatkan org luar/pelanggan atau cwgn2 lain. lainla kalau i kije di kaunter atau unit2 aduan, mmg melampau kalau buat mcm ni kan. kije sy byk kepada urusan antara bos dan saya, tp bukan p.a.

dan fiy juga, mmg sy silent. tp bukan cabut wayar terus, when it's ringing, stil ada lampu yg berkelip2 kat telefon ni. so i tahu la bila ada org kol. i still can see my fon even i put it under my desk, sbb bukan letak nun jauh dalam2 sana.

oh ya. alasan pertama i silent pun sbb mahu lari dari panggilan2 utk sembang2 kosong antara penjawat awam, haha. phm2 je la kan, talian free. dan lg satu i ni jenis yg prefer guna EMEL dan COMMUNICATOR yg disediakan kementerian. jimat masa dari sembang fon.

btw, thanks. kerana ingat mengingati.

highlite sini = i xsuka DENGAR BUNYI fon ofis, bukan xsuka angkat fon. =)