weeeee. ingat nak update petang semalam. tapi memandangkan aku ada kerja, xsempat nk update. heeee. ptg semalam, mmg agak bz, sejak menjadi gunasama unit sebelah, aku ada kerja2 terkejut. hee. maksudnya, arahan tiba-tiba.
mcm semalam, aku tlg B, ok aku sebut nama sebenar la, aku tlg Bard packing alat girn masuk dlm kotak ikut cawangan satu negara (kerja lelaki tu), sebab En.Y, yakni En.Yahya kata kena setel ptg ni bikos ada audit maw dtg.
kendian...tlg S, oke, sebut nama sebenar juga, tolong Shahrul buat pemeriksaan fizikal kamera dan kemaskini rekod penempatan kamera (haa..yg ni aku suka buat, kamera kan?) . Kendian lagi, tolong H, yakni Hasnul Hadi, aku suka panggil nama penuh pacik sorg ni, siapkan labeling pergerakan kenderaan ntah apa semua ntah.
macam sesi suai berkenalan pulak. tp xsesuai sbb mereka semua laki orang. sorg je single dan sebaya dengan aku, Shahrul. dorang semua aku dah anggap macam adik beradik dah, kira abang-abang dah. dorg la 'penjaga' aku kat sini. ahaha. aku selalu kacau dorang.
abang, abang nak jadi abang saya? kita adik beradik kan?
ngahaha. sesungguhnya kan, x seorang antara dorg aku panggil abg. semua aku sebut nama ja. geli nak panggil abang. kuang kuang kuang balik kuaangg.....
terus, masa nak siapkan rekod penempatan kamera, tiba-tiba A, yakni Azyzy, aku lebih suka panggil dia Azy atau Z-Y-Z-Y, bersidai sambil tepi workstation aku. dengan memegang pas kerja aku dan sebatang pen cantik berwarna putih. aku termeloncat bangun dari kerusi!
"waaaah! azyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!" sambil menutup mulut, tapi senyum lebar nak mampus. heeeeeeeeeeeeeeeeee..sengih kerang sampai ke telinga.
mana jumpa?! dah lama ilang taw!!!!
azy masih x serah kan pas aku lagi. dia kata;
"rilek kis, rilek. taw kawe jumpo mano?"
sambil berjalan ke arah geng-geng beliau, Hasnul, Bard, Azhar, Shahrul, Ridzuan, Rahim, Sham dan En.Zul, (buat pertama kali reveal nama opismate terdekat)
"kawe jumpo dok dale bilik mesyuarat tu, bhn bukti ni! pas ni dok dgn pen ni, hok sapo pen nii??!"
aku dah terdiam, haa? bilik mesyuarat?? bila masa aku masuk meeting? last meeting pon dekat bilik mesyurat pengurusan depan sana tu. kerut2 kening lagi. pas masih tak dipulangkan ke tangan aku.
"oihhh..hok kawe ni!" azhar menyampuk dengan muka pelik. mcm mana boleh jumpa sekali.
apa lagi. terus la abang-abang tadi bising.
"kis, pa dia ni, dengan Jaha pulak? kata xnak lelaki secondhand? kahkahkahkah."
"haaa... bakpo pulok pen demo dok situ?"
"ganah demo, sapa cabuk pen. cabuk pas kijo. kakaka"
ayyooo! seronok btul dorg bergosip dan gelak2 kat aku.
"ah, xde-xde. bak sini pas aku". sambil menadah tangan mintak balik pas kerja yg dirindui khidmatnya.
duduk balik buat kerja. sebenarnya dok memikirkan mcm mana pas aku boleh ada dalam bilik mesyuarat tu. pasal pen tu aku xpedulik, kebetulan je tuuu. mmg dorg selalu meeting kat situ. lama-lama pikir, bru aku ingat kenapa aku masuk dalam bilik meeting tu.
petang selasa tu, lepas aku buat air kopi utk rakan-rakan sekerja, mmg aku ada masuk bilik meeting tu. bukan meeting, bukan perjumpaan ape-ape.
tapi, aku buang air kopi aku yang x habis tu ke tingkap. sebab aku malas nk ke toilet hehehe.
yer, melalui tingkap bilik mesyuarat tu terus ke bawah, tp xlah jatuh ke jalan raya, jatuh ke rooftop tingkat 1, kawasan lapang yg yg dipenuhi lopak air hujan.
sebab aku malas nak ke toilet adalah kerana kalo nak ke toilet aku kena tempuh 4 pintu. 4 kali kena scan pas kije! yer, aku mmg pemalas. agaknya tu pas kije aku ni merajuk sebab x nak gunakan khidmat dia, sebab tu dia menghilangkan diri. hehe
umm..tp, ketara kan betapa tak beretika nya aku ni? ala. x obvious kan air kopi campur air hujan? ala, bukan kena sapa2 atau keta sape2 pon. kira vandalisme tak?
azy datang lagi.
"kis, wat gapo dale bilik meeting tu kis?"
"ntah la, x ingat la, pelik kan? . xpe la. asalkan dah jumpa. makasiiiiiih azyyyyyyy. heeee"
dalam hati. padan muka aku. akibat buat perkara kurang senonoh, pas kije hilang. what goes around comes around. kalo x, leceh btul kena buat report polis semua. bosan dah.
gambar lama, masa awal masuk kerja. aku benci tgk muka aku dlm pas tu. muka kerek aku dengan mendongak dagu ke atas sedikit dan mata sombong.
menyampah btul tgk gamba tu sampai aku lekat sticker megatron kat situ. heee. aku ingat kalo renew pas, leh ganti gambar baru. hehe.
so ari ni masuk kerja dengan senang hati. boleh g mana2 ikut suka hati. dan xde lagi bebelan hilang ic, hilang pas!
1 comment:
Hahaha! sempoi la abg-abg opis ko.
"ganah demo, sapa cabuk pen. cabuk pas kijo. kakaka"
Gile punya keji statement dia! Hahaha!
Post a Comment