Thursday, January 8, 2009

Membebel.

bodohnya sampai sekarang pas aku tak jumpa. arh! mmg bodoh. hilang mana aku xleh nak pikir. petang selasa lepas rehat tu aku xkemana, sekadar lepak minum2 di sini aja.
semalam. di rumah. fak btul astro ni. baru sebulan skip payment dah di stopkan servis. ape ke bodoh???? bodoh tak? bodoh kan?

dan lagi bodoh (sori byk perkataan bodoh hari ni), semalam tak tahu mcm mana boleh jadi. aku semua tuang isi handbag aku ke lantai depan tv. sepah2kan. terkeluar la hasil2 barang terkumpul dalam handbag "doraemon" aku. ya, konfem xde dalam hanbag aku pas kerja aku.

aku penat sangat dah dengan hidup aku lately. 'ter'meleleh jap air mata. bodoh betul boleh menangis. hilang macho aku. terus nak lelapkan mata, tak boleh. kata-kata farah, "kisss.. apa ni nangis2 ni, sejak bila jadi pempuan lemah ni..? budak cengeng!"


kemudian, frh, ket dan kak iza yang baik hati pujuk aku, konon la. tahu mcm mana frh pujuk? "kiss, dah la tu.. ko kalo nak menangis g la masuk bilik, ko nangis kt luar depan tv ni buat apa? buat malu je ngan kitorg...x malu ke menangis depan kitorg, xpon...g menangis dalam bilik air tuuuu...hahahah". ayat perli aket.

haha. even kata2 tu pedas, aku tahu dia syg kat aku. hehe. terus aku bangun, sebab frh dah kol astro dan menyamar sebagai balqis. astro on balik, yeay.. mlm ni leh tgk renjis 2! wekk, tak tipu, aku suka tgk drama melayu ni, lawak je. lagi2 si milah tu. dan lagi2 bila ada something kantoi berlaku, ada efek bunyi shhhhrrriieeeeeeeeeeekkk mcm kete drift kantoi. haha.

dan paling best, frh masak sidap, daging masak kicap black pepper berbawang plus kentang. hehe. nama nak gah. ekceli daging masak kicap je. hehe. tp mmg sdap. mood aku ok siket.

kemudian, dpt msg pengesahan dari shie yg malam ni dorg nk ke alamanda. hehe. mula pusing2 carik beday present utk bday bf pae. tp, hadiah yg dihajat xde. cian pae. humm. kendian, ke gsc. xde movie yg pasti..time limited. bunguk. jalan depan siket. sebagai pemandu pelancong, aku cakap.. ha..kat situ ada karoke! tiba2.. shie cakap, yeke, jom!

aku sedikit terkujat. biar betul, haha. mcm x caya, aku cakap je, aku xpaksa pon, mmg ada niat sebab tgh tensi mmg best rosakkan anak tekak. hehe. on karok! oh yea! pae yg mula2 malu2 kucim pon nyanyi hehe. aku pon pelik, kenapa aku suka nyanyi lagu 3 malam tanpa bintang tu. haha. oh, seronok jerit kot? haha

dan yg paling syiok.. aku tak sangka shie mau pilih lagu Bring Me To Life. ya lah, biasanya aku nyanyi lagu tu dengan adik aku. aku nyanyi part amy lee la, tp semalam..aku nyanyi vokal laki tu ape ke nama die? tak kisahla. paling kool masa, verse akhir,

without a thought without a voice without a soul, don't let me die here...
there must be something more...! (dengan suara skreamo, hahahaha)

oh. tenkiu sahabats.

habis kentang. kotak dibuang....

habis power, spek dibuang. eh, mane boleh.

terselit dalam buku.

kedai dah nak tutup.

1 comment:

~Princess of Pisces~ said...

Haha! muka takbley blah jek 'terselit dlm buku' tuh.. hehe!


heip, bila2 kita on karok lagi, okeh?! ajak ramai2.. tibai 30 lagu terus.. haha! *bersemangat!*