Wednesday, January 14, 2009

Labah-Labah

dulu kan, zaman masih belajar kan, ala masa muda-muda dulu kan aku sangat suka Spider. ala, kumpulan Spider yang vokalnya duda hot Tam tu. ye, dulu suka gila kat dia, aku suka tgk GIGI dia, haha. manis kan? alamak, aku ni, dah dua orang Duda Hot aku suka, selepas Ariel Peterpan. hehe

ya. dulu, masa album Nazraku , hampir 80% aku hafal lagu-lagu mereka. dan paling aku suka dan terpeberet adalah lagu Lengit. siyes cuba dgr sampai abis, masa nak ending, suara Tam buat konserto. haha. comel je.

ummm... dulu kan, alaaa dulu-dulu. ada sorg kawan adik aku, hehe. pangkat adik la, konon minat aku. hehe. kalo emel @ msg kat mespes siket pnya pjg. hehe. dia bagi aku lagu Nazraku kat aku, uyoo. bangga kejap. kejap je la, x lama pon.

aaa...dan tak lupa album sebelum, Aladin. lagu kasik kita joget Kasih Latifah, mmg syiok. dan sapa yg tak tahu lagu Aladin, gosok jgn xgosok tu? hahaha. dan..lagu Kekal, lagu feveret aku bila karoke zaman muda2 dulu. hehe. umm. album ngam ho aku xberapa igt. dan yg pasti lagu Mungkinkah Terjadi mmg terbaik kan? uhuk uhuk.

ummmm.. lagi masa dulu-dulu kan., masa kat poly dulu kan. masa tu petang-petang. kitorang suka makan kat kedai2 makan depan poly kat Taman Pauh tu. masa tu kami oder nasik goreng apa ntah, kurang ingat. siket punya masin nasik goreng kami tu. masa tu kedai tu bkak radio, dan-dan tiba2 keluar lagu Laukku Cukup Masin. hampir nak tersembur nasik keluar bila aku tergelak dgr. terus aku dan kawan2 aku nyanyi ramai2, mcm nak luahkan perasaan masing2. hakhak. kisah benar, tak tipu weh, mmg kebetulan. hahah.

errrr...lagi satu lagu, Jangan Kau Berputus Asa. sangat bermotivasi. hehe. and one more, Sumpah tak Buat Lagi, sesuai utk dibagi kepada awek-awek anda. ngahahah.. cuba dengar ok, cuba dengar.

ummmmm....dan kelakar juga ni, aku with adik aku cupi siap beli cd karaoke satu album dorg lagi. best gilo karoke di rumah. xde nak rebut2 mic. mak ayah aku dah xlarat nak marah sbb rumah bising.

aaa.. lagi satu kan, masa juara lagu dulu kan? Relaku Pujuk menang kan? gila punya fanatik, masa diumumkan lagu tu juara, apa lagi, terjerit terlolong aku serumah sewa. besok pagi dalam kelas, bdak lelaki klasmate aku, Minan, tanya, 'weh, smlm tu rumah korg eh yg bising?'. hahaha. sedangkan dorg tgl blok sebelah kami. hehe.

errr.. lagi satu kan, korang taw tak dorang pernah berlakon dalam telemovie VCD, Gosok? hakhak. sebab terlampau minatkan Spider, aku pon konpem la beli vcd dia. lawak je aku tgk citer tu, citer mcm mana susahnya budak kampung nak ke kl nak kasik demo kat sykt rakaman apa ntah. tapi aku tgk yg no.1 je la, sequelnya xigt la.

masa tu pelakon jambu Norul Iman (Boy), Bandi Amuk, Hamid Gurkha ada berlakon, termasuk Allahyarham Loloq dan beberapa pelakon lagi. kalo pandai google la, boleh download. scene paling lawak masa Boy asik2 kena gosok belakang periuk mak dia, hahaha. masa tu la dia dpt idea buat lagu Aladin tu. ngahahah.

ummmmm.... album terlatest (tak la latest mana, tahun lepas kot, ke 2007?) , bintang 12. bolehla tahan. aku suka ost cicakman tu, video dia best btul. tam siket punya hot. ekeke. ya, jgn lupa..ahad ni juara lagu. bila nak saksi masuk, hwehweh. tp kan, hati aku kuat kata Faizal Tahir akan menang. haih.

errr. ekceli kan. aku nak cita pasal Spider bukan apa. ini lah tujuan sebenar entri aku. heehe.

aaaa...ingat malam persandingan mawi ekin kat palace of golden horses tu? siket punya gah kan dengan berkonsepkan Arabian? dengan fashion2 baju artis yg vogue2 abis. huhu. lagi dapat naik cruise cantik siap bunga api, naik keta kuda la (even kuda tu buat hal), kek bantal la, macam-macam. best kan? tu laaa.. sapa suh korg xkawen ngan Mawi. haha. masa aku tgk tu kan. tiba-tiba aku nampak geng Spider.

hehe. taw mereka pakai apa? kemeja long sleeve. dan seluar jeans. kool kan? hehe. that's why i laik Tam. hehe. u rok la Tam!

err. siket punya pjg mukadimah. ihik.

*gosok, jangan x gosok!

3 comments:

Hannani Kamal said...

mungkinkah terjadi dgn relaku pujuk is my love song! best bestt

eza erneza said...

masa sekolah dulu pun minat spider. dan bf i pernah bg lagu mungkinkah terjadi kat i. hua tapi sekarang dah macam kurang minat spider.


ikh..

akiss. said...

lagu yg mmg sedap kan? ehe

yela.. spider dh kureng siket.. dh tua kot? hahahha