Friday, January 30, 2009

Ludah Amerika!

*tajuk pinjam. lagi sekali aku cakap, aku xpernah minat Hujan. i'm Soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

uhuk uhuk. batuk miang. hari ke-ompek (4) ke"demam"an. hari ni bertambah ok. Alhamdulillah. 2 hari pertama aku paling rimas. sakit kepala memanjang. maknanya tdo memanjang. online kejap2 je. seperti sedia maklong, 100plus peneman setia. 2 hari ni aku telah habiskan 3 botol 1.5L minuman seratus tambah. tu tak tambah lagi stok kat opis yg 500ml. mujarab ape? haha.

err. yang pelik aku ni kan, kalo aku demam, aku always lapar. makan banyak, tapi xtaw apa rasa makanan nya. haha. mulut payau. main telan je. hasilnya..berat badan aku menunjukkan peningkatan, 53.5kg. padan muka aku. pembahagian lemak di badan aku ni mmg kurang sopan, asik dok berkumpul di perut je lemak-lemak ni! haih!

ummmm..yang aku tasuka about demam kali ini adalah, batuk kahak. tekak gatal miang. suara jadi garau, macam Nyah kadang-kadang. heeeehe. so, satu-satu ubat yang aku layan adalah Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak. sedap kan ubat ni? ketagih aku. haha. kendian Strepsils Extra Strong, sdap la..x pahit.

dan yg paling, paling tasuka about batuk kahak is, aku tak reti nak "harrrkkkhhhh...ptuihhhh!". hee. aku tak reti nak meludah kahak. ewwww. siyes. mmg xpandai, sebab rasa nak muntah bila cuba mengkahak. hahaha.

dan. aku paling..paling..paling benci yang amat-amat kepada orang yang meludah merata. kira ni memang pantang atok nenek tiri sedara cicit angkat aku la. tak kira la kat bus stop ke, tepi jalan ke, mana2 la.

hari tu masa aku nak turun tangga kat Summit USJ, aku terserempak dengan "najis ludah" tersebut. aku patah balik ikut jalan lain. kembang tekak aku.

kam-on la guys. korang jgn la buat perangai tak sekolah tu. eee..benci!

motif gamba : sakit tekak, terpaksa tangguh konsert. ( in this picture = William Becket nan ayu.)

(aktiviti karok la ngeng, aku mmg suka berangan macam keadaan di atas.)


*a'ah, iyer. aku kalo demam mmg sangat susah pergi klinik, apatah lagi makan ubat. sekian bebelan hari ni. 2-3 ari akan datang xde entri.

2 comments:

amirul alif said...

ko pindah sebelah klinik..mudah!

akiss. said...

eh. klinik dopan umah ku je tahu. ahahaha