Thursday, August 12, 2010

monolog satu ramadhan & pandu lalu mekdi.

Alhamdulillah, semalam sudah sehari berpuasa.

petang, ke bazaar ramadhan presint 2. manusia lagi ramai dari kuih muih. hajat nak beli kuih dalam sampan, berkubur lalu. kemudian, di kesesakan org ramai, dengan penjawat awam, dengan student2 dari cybercaya yg pergi bazaar macam nak ke pavillion, dengan ibu-ibu membawa stroller sanggup bersesak2 panas dgn orang ramai, aku putus asa. beli satu lauk sahaja. ya. satu. asam pedas melaka ikan terubuk ( kepala) harganya rm12. deym.

kemudian, ke pasar borong. beli ayamas crispy. senang di gorem utk sahur konon. beli telur omega. dan, beras cap rambutan. gila bertenaga angkat beras pada jam terakhir berpuasa??? btul cakap Keknis, kalau sahur seketul ayam goreng boleh bertenaga sepanjang hari. tapi aku belasah 3 ketul masa sahur? ya, jawapan kepada kehebatan angkat beras tadi.

malam, lepas berbuka. solat terawikh, buat 8. suara imam sedap. tapi ada budak main mercun. oh, kurang cerdik mak apak mereka.

malam tadi, jam 2, kena serangan sakit perut, sampai cramp kaki. nk tido pon kenot. tp, masih bertenaga gorengkan telur utk roommate utk sahur. seb baik dia masak nasi, even terlupa nak tekan suis. hahahaha. alamak. tergelak. peace.

dan, petang ini, jam 3. ya jam 3. saya disahkan tidak boleh berpuasa. kawan baik si red dot dah datang. kenapa lambat? kenapa petang baru sampai?

tapi xpalah. janji kau datang tepat haribulan, tak macam bulan lepas, mungkin kau takut tgk aku stress dan self breakdown, kau dtg lambat seminggu.

Photobucket

oh hai mekdi drive thru!

ok bai!




1 comment:

Kap said...

alasan berbelanja di drive-thru rupanya ;)