malam semalam kami beraya di rumah Farrah. yeay dia masak sedap! apakah terus cerita pasal makan? ok ahli majlis beraya adalah saya, wani, aket, dan diya. tapi sumpah lupa amek gambar ramai-ramai. gambar pemandangan je byk ;p
tiap kali dtg umah Farrah mesti kagum dengan housing remote control ni. eh housing ke namanya? cantik tak?cantik tak?
dan, jam ini, siyes lawa puwwwn! aku nk gak satu ni! anda bleh dptkan nya di sini.
pemandangan pink - putih :)
eh ada model biskut raya lah ;p
menu malam semalam adalah tomyam poktek ala farrah, sotong & udang goreng tepung, ikan siakap bersambal ala-farrah. SEDAP. SEDAP. SEDAP!!! terima kasih farrah kerana masak masakan peberet ai ;p. makan banyak siap tambah, hingga terlampau kenyang dan mengantuk.
pukol 10 lebih dah mamai-mamai dan terlelap depan tv. akhirnya, Aket buat keputusan yang dia malas nak balik. malas nak drive. aku pun sama, malas nak berjalan, malas nk tekan lif, malas nak bukak kunci rumah. maka, maka kami sleepover di rumah farrah.
pastu, bersembang sambil baring-baring dalam bilik, konon slumber party. best, sbb dah lama tak buat perangai macam ni, bergosip, gelak kuat-kuat, cerita hantu di INTURA (dh berapa kali ulang tp seram jugak bila dengar), sampai hilang mengantuk di mata.
dan paling best, 1st time pegang perut farrah yg 7 bulan peknen. mula-mula macam takut, tapi bila rasa baby farrah menendang dlm perut, terus teruja! tetiba rasa touching dan tak sabar tgk baby keluar ;)
pagi-pagi terjaga dalam pukul 5. akibat mimpi panjat tangga, hahaha, tdo awal kot malam tadi, 11 lebih dh tdo. pagi balik rumah sendiri, siap pergi kije. ;p
ok skali lagi, terima kasih kepada tuan rumah, Farrah kerana masak utk kami. insyaAllah aku masak masakan peberet anda nnti. hehehe. ye, kali ni aku yg masak ok, bukan mak aku! :)
ok bai!
1 comment:
wah, ni barulah best..
beraya terus sleepover..
hihih
Post a Comment