Tuesday, September 21, 2010

Pemilihan Terbuka The Chance bersama Nike Malaysia!

Nike Malaysia akan menganjurkan Pemilihan Terbuka bagi pemain bolasepak muda negara untuk menampilkan kehebatan mereka dan meraih tempat di Nike Academy di London. Pemilihan ini dibuka kepada pemain individu dan adalah peluang untuk menonjolkan bakat di hadapan panel jurulatih diketuai oleh jurulatih negara K. Rajagopal.


mereka yg terpilih akan dapat berlatih bersama jurulatih pasukan fav sy, Arsenal iaitu Arsene Wenger! wooo, nk itotttt, nk jumpa abang Chamakh! ;p


ok, Butir-butir Pemilihan Terbuka :

Lokasi : Padang C-1 & C-2 MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tarikh : 18 & 19 September 2010, 9 pagi

(ok sori lambat update blog, yg kl punye dah berlangsung semalam)

Lokasi : Padang MPK2, Kuantan, Pahang
Tarikh : 22 September 2010, 9 pagi

Lokasi : Kompleks Sony, Seberang Prai, Pulai Pinang
Tarikh : 25 September 2010, 9 pagi

Lokasi : Padang Mawar 4, Pasir Gudang, Johor
Tarikh : 29 September 2010, 9 pagi

Peserta mesti berumur di antara 17 - 24 tahun. Semua perserta mesti berumur 17 tahun pada 1 September 2010. Hubungi 03 6142 2881 / 013 2627 555 / 013 2827 555 sekarang untuk mendaftar!

ok kepada adik-adik yg bukan dari kategori kaki bangku dan mmg ada bakat bola terpendam, sila lah join ini pemilihan ok. tapi jangan la sampai curik jersey atau boot Nike di Al-Ikhsan sudey ;p

Rebut peluangmu. Kamu tidak tahu siapa yang memerhati.

ok bai!

No comments: