Wednesday, October 27, 2010

Kisah Sesat Yang Menyeronokkan dan Mengenyangkan :)

masih ingat kisah seram si tukang jahit? mlm td mcm jd lagi, tp versi lain pula. ;p

siapa pernah pergi Coffee Village? tahu tak kalau dari alamanda, hanya 5 minit perjalanan berkereta, kalau jalan kaki tak pasti lah kan. tapi semalam, kami ambil masa satu jam. ya menaiki kereta.

sgt adventure ok. aku suka, sebab 4 kali, ya 4 kali kami sampai ke hujung putrajaya, yang jalannya tanah berdebu dan ada hanjeng hitam 3-4 ekor. ngeri? ya. i laik.

aku ngan aket slumber buat stetment dalam kereta, aku rasa ada 'benda' ikut kita ni, dia yg buat kita sesat! hahahha. yelah kan, padahal bukan kali pertama ke sini, dah 4-5 kali kot? ;p tp siyes smlm otak blank.

fuhh selepas beristighfar byk2, baca ayat qursi, dengan izin Tuhan, otak baru berfungsi nk kol talian hayat, tanya jalan ;p

*sori kami tiada GPS atau henpon canggih ber-GPS. ;)



ok dah sampai destinasi! seronok je makan banyak sambil dengar paksik umur 60'an menyanyi lagu aku semut merah. 'aku orang kecik, engkau orang besar'. somel lah! tu tak masuk lagi maksik pakai legging nyanyi lagu dangdut abang joni ;p

ps to Farrah : ko ingat tak makcik waiter vogue yg PR nye hebak, smlm jadi pengacara ko. kalah ifa raziah ;p



penyebab kami bertekad nk pergi jugak ke sini. western mereka all sedap ok. fish n chip dia besaaaar, big portion. mcm dua orang makan, ala-ala Big Plate, tp hok ni kuah sedaps tahap hotel 5 bintang. jelas kan ada mangkuk ketiga kan, kan, kan?

fuhh kinyang. sampai ke pagi ni. jam 10 xlapar lagi. ok reminder utk diri sendiri, masuk simpang KAJANG ye, KAJANG. lenkali sesat baca entri ini ;p

ok bai.

1 comment:

beeb beebot said...

hoh dari Dengkil dekat ni.. :D
tak pernah pegi pun