dah lama tak buat sesi kuliah agama bersama Ustazah Balqis. ok tajuk hari ni, Penyakit Dengki. lagi bahaya dari denggi. sbb kalau denggi, mati jasadnya. kalau dengki, hati mati, busuk pulak tu.
petikan dari group emel.
- Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah.
- Dengki mendorong seseorang melakukan kemaksiatan seperti mengumpat, menghasut, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain. Apabila perasaan dengki menguasai diri, hati tidak reda menerima qada dan qadar Allah menyebabkan timbul perasaan benci melulu terhadap orang lain.
- Dia merasa tersiksa jika orang lain mendapatkan limpahan nikmat sedangkan dirinya tidak mendapatkannya.
tepat dan padat kan? satu lagi mak aku pernah pesan sejak kecil, hati kalau busuk dan kuat dengki, akan terpamer kat muka. siriusli.
bak kata pepatah Eleana K. "Hati busuk takleh nak bau, kalaulah boleh bau, jauh dah aku lari. "
hahaha. di dunia yg serba canggih dan moden ini, kamu jangan ingat takda ya. malah bertambah banyak kot? dulu2 mana ada Blackberry yg boleh di dengki kan? haha. ok contoh yg teruk. ok, jgn terkejut di kalangan adik beradik, teman-teman rapat pun ada yang dengki.
maka, kurangkan post status dapat bonus, upload gambar melancong ke L.A, show off makan Tony Romas, upload gambar baru angkat Proton Inspira dan macam-macam lagi yang akan mengundang penyakit dengki sesetengah manusia. mungkin kamu tak dengki, tapi mmg ada segelintir manusia yg kronik penyakit dengki ya. Nauzubillah.
cubalah jadi positif, gembira, tumpang seronok jika ada orang di beri rezeki lebih? tak rugi puwwwwwn.
Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar. - Hadis riwayat Abu Daud.
ok dah cukup Ustazah Balqis punya ceramah hari ni. hahaha. aku pun bukan pandai dan sempurna sangat, cukup lah sikit2 ni. harap memberi pengajaran & perubahan pada kawan-kawan semua walaupun sedikit :)
ok bai!
4 comments:
xyah lah dengki2.. kita ni manusia.. Skit hari akan ke dalam tanah jugak...
suke suke suke hahahahahaha
good info utk muhasabah diri..ket
betul tu ustazah..
Post a Comment