Wednesday, December 22, 2010

Sejarah Penang Bab 1 : Perjalanan KL-PNG.

ok. tarik napas, turun. kita start dengan Bab 1 ya. bukan babi. tajuknya sejarah sebab banyak tinggalkan sejarah di sini.

ok fiy, jumaat 17.12.2010, siangnya kami kerja like usual. aku dah packing khamis malam, tp bila tiba jumaat malam, masih 'keliru salah kan kuuuu jangan salahkan ku ajai dan nurul' nak pakai apa.

bayangkan tengah getik-getik ngan Aket tukar2 baju nak pakai apa malam tu, Jabbe kol.

"aku dah sampai petronas umah kau''.

gile ke tadi ptg janji kul 3.00 pagi kat Pantai Dalam?

pucat 5 saat. menggelababoon terus.

ok chillax. itu hanyalah cobaan nak kuatkan jati diri aku sahaja. dem yu Mohd Zabir. kul 11 lebih kot baru gerak dari parisjaya ke shah alam utk amek Baby Suri saya dan berehat sebentar ;)



ok. sila bersedia utk kutuk. ini map ke Blok 4 Kondo Rakyat, Pantai Dalam. aku tak tido pun sampai kul 3 pagi sebab risau risau risaaaau tak tahu jalan nak ke umah Jabbe. nak tunjuk EGO tanak Jabbe jemput kat mana-mana. semalaman godek google maps and foursquare. siyes foursquare membantu memandangkan Jabbe rumahnya satu blok ngan Iqbal.

akibat panik-awal-pagi-buta-tak-tido-semalaman, masa on the way aku hantar msg kat adik. 'weih yang AVON tu federal hiway kan?'. kredit takde. jem. seb baik dengan jayanya sampai ke destinasi dan switch kereta Jabbe ;)

maka kul 4.00am gerak dari kl. take note. 4.00AM.



5.00 pagi di Tapah. berapa jam adik-adik? 1 Jam. purata kelajuan pemandu F1, 170 - 180km/j.

padahal masa Jabbe drive, siap tampar muke sendiri pastu picit mata sendiri pastu gosok mata pastu bleh plak dia cakap 'kis aku tak sedar meter dah satu tujuh'?

sebab tu aku korbankan mata sendiri tak sanggup nak tido. jadi co-pilot yang setia.



ciri-ciri co-pilot setia : tak tido sepanjang perjalanan, bawak bersembang, tolong bukak penutup botol mineral water, dan juga air hensem katanya - air tin ali cafe, bagi pilot makan asam (bagi je, tak suap kat mulut) dan!...

ini ciri istimewa kalau anda lantik sy jadi co-pilot yg xberlesen. saya akan menghiburkan anda dengan sesi nyanyian. siyes kan Jabbe? terhibur kan sepanjang perjalanan dengar Jeritan Batinku dan lagu Risau, Risau Risaaau? ? hahaha. *nnti aku post lagu pilihan kami ye?

ye, ini 1st time tak tido dalam kereta. padahal dalam kereta balik shah alam pun aku boleh tido. hahaha. ya, satu pencapaian!



ok. letak la aku kat mana pomboleh soping. kat R&R pun aku sempat soping. haha. ok rekod masa ya. gerak dari Tapah jam 6.25 am.



check in tol Jambatan jam 8.15am. kira sekarang. 1 jam 50 minit. total perjalanan? 2 jam 50 minit KL-PNG.

ok Jabbe. pasni leh pergi selalu tak? *wink wink*



muke eksaited kakak dan abang sampei penang! terima kasih mentari pagi, muka ku putih bersewiii..tpi malangnya tak dapat sembunyikan beg mata.



hai adik baru bangun selepas tdo mengiau. tak caya tgk video ni.


mengiau kan?



weeeee!



sampai je dah kata tukang amek gambar kan. ini sahaja lah aktiviti nya kan sementara saya g ATM (hobi) dan toilet. ok ini Jabbe suruh tulis.

"ingat check in kul 10 pagi tapi kul 2 petang!! "

itu satu dugaan. abis plan kami. lagi satu dugaan, masa kat lobby Jabbe bgtaw 'event wedding' tu malam, bukan pagi.

tutttt.... tuttt..... line jadi tak clear utk pusing penang malam minggu.



hik hik hik hik gelak getik sebab akhirnya jumpa makanan di mamak Kapitan setelah 8 kali pusing bandar penang utk carik kedai tepi jln yg sepatutnya. takpe aku redha je dugaan demi dugaan. ;)


sekupang...dua kupaaang...

pengumuman : kami hampir jual budak ni kat mamak kedai tu sebab wallet dan ic segala tinggal kat umah mak aku. itupun sedar setelah mak aku msg. deng!

so sepanjang kat penang, Aket jadi mangsa buli lah kan. kalau tak, kami tgl kau sehelai sepinggang di penang. kah kah kah. gelak syaitonnn.



pastu jalan komtar dan prangin sambil mem-mamarazi dan paparazi kan diri. makasih la mereka ni tawaf komtar sbb aku. super kental tak mata aku tak tido-tido? padahal mamai teruk sampai nak masuk kereta orang.



eh somel nye beg tu, beg sapa tu! *buat-buat tanya dengan suara Nora Danish.



kul 2 petang baru check in bilik 1721 dan 1722. masuk bilik campak semua terus terjun katil dan tak sedar diri. ini view dari bilik. tdo sampai 4.00pm. 2 jam cukup utk aku caj semula untuk melompat atas katil utk dapat gambar sebegini ye.


meloncat atas katil sambil menonton seponsebob yeay! dan topi itu berjaya di dapati di chowrasta ;)


hai 6 helai hanya rm10.00. ok pastu jalan-jalan dengan stokin baru ye.

sementara itu encik abe, eh silap. encik Jabbe dah pergi menjalankan tugas :(, cian dia, dah la letih drive. kije lagi. balik lewat malam lagi :( :( :( siyes rasa bersalah dan tak best. pasni kita g jumaat pagi ek ek ek? janji.

oh ok sebelum terlupa, dlm kamera sy ada 690 keping ye. haha, giler ke nak up semua. mana bleh. artis pun nak privacy. ngeh.

bersambung...........

ok bai!

AMARAN : Entri Siri Penang ni utk rekod saya ye. ya tujuan blog ni mmg untuk REKOD,. so, jangan komplen. gambar banyak. cakap pun banyak. ;B





No comments: