Wednesday, February 23, 2011

Peristiwa Pindah Rumah dan The Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

tajuk hari ke 30 : A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days.

ok ini entri backdated. ecehceh macam tak biasa plak. dan malas nak buat 2 entri, so i satukan dua cerita jadi satu ye. ;p memandangkan mengikut jadual, hari ke 30 jatuh pada 19.02.2011, maka, i pun letak lah gambar i pada hari itu. tadaaa!


profile picture untuk fb.

ok perkara jarang berlaku, pagi sabtuday bangun awal pergi pejabat. gila kau pernah dengar balqis kerja pada hujung minggu? haha. ini pejabat nana, amek troli. lepas tu ke opis aku, utk amek troli no.2, terima kasih kak Atma Nurhaslin ;)

hobi saye berangan.

cantik femandangan? makin kuat berangan lah jawapnye.

roti cicah nutella. inilah sarapan, inilah juga lunch. operasi angkut barang mula lebih kurang jam 11 lebih pagi.

operasi membuka katil. senang je nk bukak, celah gigi punye kerja ni, masa bukak katil kami menyanyi "hijrah itu perjuangan..PERJUANGAN! hijrah itu perngorbanan...PENGORBANAN!!"

sempat pose sebelum bukak langsir ;)

bundle atau bukti baju banyak. yg belum pakai dengan tag harga pun ada. tu tak kira lagi 3 plastik telah di transit di opis aku sebelum di hantar ke shah alam? siyes membebel mak aku nanti.

perbicaraan kes anwar ibrahim. oops!

kecewa apabila dah susun kepala katil elok2 atas troli, rupa-rupanya saiznya lebih besar dari pintu rumah.

masa ni lampu kat dada ultraman dah berkelip-kelip merah. "beep beep beep" tenaga dah berkurang lawan raksasa. eh apakah merepek ni?

tapi ok je. lagi gelak-gelak ada. aku syg lebih mereka ni, takde muncung-muncung mulut, takde nak crancky-cranky, takde nak mawah-mawah. ;B

main skateboard sambil menyanyi 'menuju puncak AF' tanda kami tersingkir dari rumah sewa. hahahah. padahal.

happy sangat puwn kan? rasa nak tag gambar ni kat Tuan Rumah Giler.

Alhamdulillah, syukur. pukul 3.30 ptg selesai sudah pengangkutan barang. tiada kecederaan serius, cuma calar balar siket tu adalah. kul 4 tu dah berehat dan mandi.

ya kami pindah tanpa kehadiran boyfriend-boyfriend. terel tak, terel tak??

gambar tersepit lif, kaki kena hempap almari, troli tak muat lif, cabaran pandu troli tayar gelong, tidak sempat di ambil.

dan, kepenatan seharian terbayar setelah abang kami bawa kami pergi makan di sini dan jalan-jalan di sini ;)

lalalala...


berbaloi-baloi walaupun makcik tu caj mahal. makan tak pandang kiri kanan, ketuk ketam pakai garfu. ketam masak lemak cili api tidak pernah sesedap ini, ever!

oh three good things that have happened in the past 30 days?

1. dapat rumah sewa baru.
2. berenang di swimming pool setelah sekian lama!
3. selain pandai mengecat, sy dah terel menguruskan hal ehwal pindah rumah. mahu perkhidmatan kami? sila kol 1-300-400-500!

oh boleh tambah 1 lagi? saya dah cancel account astro saya ;)

ok bai!

*akhirnya siap cabaran 30 Things in 30 Days Challenge!

8 comments:

sawn said...

rajin betul korang

Unknown said...

aku ingatkan yg ade tv gantung tu rumah baru ko.. mewah kemain.. wuishh.. :P

Kap said...

cadangan me-nyah-astro juga berlegar di kepala otak aku.

akiss. said...

sawn, rajin? haha. klu tak rajin merempat di tepian jalan ;p

Heidi Shafiq, wuishhhh, itu opis. hihihih


Kap, haha. nyah kan je. serabut taw astro klu tgk selalu ;p

fanadyalicious said...

panjang lebar besar sendat ko cite pasal Tuan Umah Giler...oopss...EX-tuan umah giler okeh...hik3

akiss. said...

hahahahahaha klu boleh gambar tuan rumah giler, opss, EX! pun aku nk tempek kat sini kasik dia glemer. huhuhuhuhuhu

MamaIcha said...

wah!!! selamat berumah baru...tak buat housewarming ka??? :D

p/s : kisss, k.jue nak tanya...mkn kat mana tue??? lauk pauk so bling2...tak bleh tahan wooo...hahaha!!!

akiss. said...

KAK JUE!! hahahah..tssskk..nanti kami buat ye..haha, suruh Atet masak ;p

kat RnR nilai, best gila, semua makanan bersinar2. hahahha