Thursday, March 3, 2011

Day 3 - Your First Love.

ehem. ehem. ;p

first love ya, cinta pertama ya. susahnya soalan oh mak kau!

masa sekolah tak reti nak bercinta, setakat crush, secret admire, suka tu adalah. tak pernah jatuh cinta pun. lagi pun sapalah nak jatuh cinta dengan i yang selekeh comot pakai tudung pun ke depan senget-senget. haha.

ok tipu, masa form 1 aku dah ada bf. tp aku tak jatuh cinta pun, sebab masa tu aku just ikut 'trend' kawan-kawan aku ada bf, so aku kena lah ada bf. dan kebetulan ada abang form 2 suka kat i cewah! terus kapel je, padahal takde rasa ape-ape.

dia cakap i lap yu, aku balas i lap you too. dia cakap i miss you, aku balas i miss you too. tapi cakap je, takde perasaan.

surat cinta berlambak dalam bawah meja. sekolah tu sekolah baru, so ada sesi pagi je, so surat cinta aku tgl kat sekolah je, nak mati bawak balik umah?? sampai satu hari, ada spot check masa tengah perhimpunan pagi. dang! terus kena masuk sesi kaunseling woi!

apa lagi yang aku ingat pasal die ni ek, ok rupa fizikal. putih dari aku. rambut dia tak hitam, agak dark chocolate sket macam dye rambut. mate pun cekelat. tinggi sket dari aku. hensem. beday dia 27.12.1983.

nama? Abdul Rahman bin err. aku tak ingat, aku rasa Abdul Razak kot, sbb aku pernah cakap, eh nama Perdana Menteri! aku panggil dia Abang Man.

kenapa putus, terpisah?

masa cuti sekolah akhir semester, aku terima lagi surat cinta dia. tapi dia silap. dia ter-mengaku dia walaupun dah clash ngan awek lama dia, dia still kontek dan berkawan dengan ex-dia. fine. aku koyak surat tu. buang.

tingkatan 2 aku pindah sekolah sebab famili pindah rumah. hari pertama sekolah Form 2, aku datang SMKPP amek report card. aku nampak Abang Man aku tunggu kat koridor depan kelas dia. pandang stok tak kalih pat lain. kawan aku kata, dia nak jumpa aku.

aku? blah tanpa bagi alamat baru. nama sekolah baru. apatah lagi no telefon. tanpa perasaan apa-apa. yeah, itu kali terakhir aku nampak dia.

jap, cinta ke ni? sekolah kot. kahkahkah!

ok bai.

7 comments:

CEOMesinTaip said...

tunggu entry say apulak...huhuhu....haru gak nak wat entry pasal first love ni..khekhehekhe

oshinz said...

alamak.. tragik la first love akak ni. boleh wat drama. ekekekeh.

apezology said...

tragis sggh kisah cinta ko.haha

Kap said...

hai, saya Abdul Rahman Bin...
...Tak Ingat.
hahah.

akiss. said...

Dinda Iva, haha. ok kite tungguuuuuu ;p


0sh!Nz d' sen0r!ta dan apezology, korang lum tgk cinta no.2, 3, 4 dan lima enam tujuh lapan lg ha! hahaha

Kap, siot ah. ak hampir tercekik baca komen ni tadi. haih. hahahha ;p

CEOMesinTaip said...

done...hehehe...lewat sehari lorh...

http://missivasaionji.blogspot.com/2011/03/day-3-your-first-love.html#idc-container

Kap said...

kikikiki.