Tuesday, June 21, 2011

Ammar Rukh Khan Kahwin - Part 1.

kejadian minggu lepas 11 Jun 2011. sepupu terapat kawen, si Ammar (abang Mirul Lambung). walaupun dia abang mirul, tetap dia muda 2 tahun dari aku. ni kira langkah bendul jugak ke ape? ;p

Ammar ni anak abang mak aku, pakej dengan jadi ibu susuan terus. dah lah kawan sepermainan aku sejak kecil, mmg dah mcm adik beradik pun, kalau balik kampung beraya kitorang ni mmg abang dan kakak kawasan lah kan. aku 3 beradik, mereka 3 beradik. mmg 6 Jahanam. ok, maka wajiblah datang ke majlis ini.

ok majlis hari sabtu, khamis kami dah sampai. tlg apa yg patut. meriah uolls! macam hari raya! sukaaa! makanya hari khamis tu half day. balik keje terus zasss Taman Rasah Jaya.

panggil Ammar Rukh Khan sebab dia ni mmg kaki hindustan. mmg setiap filem Shah Rukh Khan tu celah gigi dia je. ok proceed gambars!

kudapan. beli sebab dpt bekas cecomel itu.
hantaran dah siap, dinding pink itu cantiaaaak! hai Fizi K- Pop.
lepak belakang rumah untuk mengelat. ok malam jumaat tu ada majlis doa selamat. selepas majlis doa selamat, geng pasang pelamin sampai ;)
gambar sebelum.
gambar ketika. hai abg yg rambut pjg tu!
gambar selepas. jangan nak seven seven sangat.
jam 2 pagi, dengan masih berbaju kurung kerja nya saya menginaikan si Ammar. lihat, mata masing-masing dah hampir menutupinye puwwwwn.

seb baik 3 jari je. kalau Ammar ni pengantin perempuan acane? siap nak lukis bunga2 acane?
yoga inai secara berbaring. goodnight. tido bersepah depan pelamin.
pagi-pagi jumaat bangun terkejuk. "eh pahal berdarah, takkan korep idum sampai darah?!"

stupid.

bukan pengantin je kena siapkan. adik pengantin pun kecoh. "smart tak mirul sampin mirul kak kis, elok tak baju ni, ok tak butang ni? matching tak sampin??"

ok siapa yang bernikah skrg ni? *sinsing lengan baju*

drift ke P.D untuk sembahyang jumaat dan majlis nikah. masa otw ke P.D ni ntah berapa kali makcik aku kol, "jgn bawak laju2, jgn bawak laju2 Mirullll!"

-___-

selesai solat jumaat. masa utk siapkan pengantin lelaki. rupa-rupanya takdak mak andam. belah pempuan je ado. maka...
moment yang mahal. jarang berlaku. adik sapukan Tancho pada rambut abang. comel je.

kendian utk touch up si Ammar, aku lah jadi Kak Andam Terjun. tak pasal-pasal kena ikut naik kete pengantin utk touch bedak si Ammar ;)
bawak bertenang kejap.
minum sirap kejap.
iklan kejap. Makcik Ku dan Mak ku.
yeay dah selamat dinikahkan!
lek lu sap kok lu.
ewah Makcik Ku? cantik spek? ;p
jumaat malam belanja Fizi K-Pop kfc selepas merempit ke bank berdekatan. pastu lepak umah je sbb byk kije nak buat. cehh padahal lepak amek gambar dengan bebudak.
assistant aku. rajin beteiii die tlg amek gambar ye. ;p
BAMMMMM!! amek kau flash. buta aku kejap.
lihat. ada gaya, sampai menyangkung amek gambar ;)
hai abang Dafiiiii, ala... Dafi? "tak sengaja...lewat, depan rumah muuu.." padan muka adik aku. aku suruh budak2 tu panggil die Dafi. lol. lol. lol.

malam tu melepak sampai 2-3 pagi. besok adalah majlis persandingan. tahu pukul berapa kitorang bangun? kat kul 11 pagi. itu pun selepas kakak aku azankan kat telinga, siap nak baca yassin. makcik aku masuk bilik siap cubit-cubit aku dengan mirul. last - last, dia duduk depan pintu "korang jgn sampai aku kunci pintu bilik ni sampai malaaaam...haaa."

ok kisah majlis pernikahan adalah akan di sambung di Part 2.

senafas je aku update entri ni. semput...haaa...!

ok bai!

No comments: