first leg match antara Harimau Malaya dgn Singapura sabtu lepas betul-betul membakar semangat aku untuk ke stadium lagi, kemain!
makanya, dah plan awal-awal untuk beli online di SINI je, tetapi! hari isnin to Maybank2u down, plus, CIMBClick tak leh pakai pulak. so kira tabah je lah. tunggu next day, Selasa.
Selasa tu, online ticket dah habis, kemudian dengar khabar berita yang pukul 10.00 pagi tiket kat Stadium Putra Bukit Jalil (SPBJ) dah abis, like what the what?? terus kul 12 ajak Aket pergi Stadium MBPJ Kelana jaya sebab informer kata kat Shah Alam pun dah abis juga.
apakah kegilaan ini?
bertambah gilanya lah kan, on the way nak ke Stadium MBPJ Kelana Jaya, hari HUJAN. makin bertambah gilanya kitorang sesat sampai terjumpa Wisma FAM, Kelana Jaya.
sampai ofis baru sedar yg bahawasanya itu Wisma FAM, bukan stadium tersebut. -__-
*gelak guling kepada diri sendiri*
tapi ok gak, sebab sampai sana, abang-abang kat situ pun kata, kat Stadium MBPJ Kelana Jaya dah habis tiket sejak pukul 12 lagi pun.
again, apakah kegilaan ini?
masa kat Wisma FAM tu, kitorang ada berkenalan dengan abang-abang UltrasMalaya, bertukar nombor telefon, dan one of them dari Putrajaya juga. dorang kata, esoknya (Khamis) ada 10-15k akan dijual kat Stadium Putra Bukit Jalil. ada sedikit harapan di situ.
mula-mula, abang tu suruh kirim kat dia je, tapi aku ni jenis makhluk yang tak senang percaya orang dan tak sabar, aku amek keputusan nak pergi sendiri.
maka...bermulalah kisah...
28 Julai, Khamis. hari di mana aku bangun seawal jam 5.30pagi, solat Subuh, lepastu terus ke Stadium Bukit Jalil.
tada! ini bukti 6 : 22 pagi dah bergerakk ke SPBJ melaui highway MEX!
keadaan kaunter tiket sekitar jam 6.30-6.40 pagi. Aket tak dapat nak cuti, lepas Aket hantar, dia masuk ofis. jadi apa? aku sorang-sorang wanita dekat situ beratur doh! seb baik ada berkenalan (lagi) dengan sorg "budak lelaki" sorang ni. hihi. si Aceh ada gak beratur, tp kaunter lelain.
yyeah, kalau takde budak lelaki itu, aku dah penyet kena rempuh dari blkg kerana ada manusia lebih tak sabar dari aku bila kaunter sebelah di buka. eceh!
keadaan kaunter tiket jam 11.30 pagi.
hasilnya?
kaunter tiket tidak di bukak, kononnya nak jual lagi 10-15k adalah janji manis. aku kol abang UltrasMalaya tanya camne tiket, dia pun sama sama kecewa, dia lagi nak beli untuk 80 orang lagi. T_T
tahu kes "ulat tiket" kena kitai yg keluar berita tu? i was there. padan muka si ulat tersebut, jual tiket RM30 jadi RM300. gila ka harper?
kesimpulannya, kalau nak tiket, direct pergi SPBJ pada hari pertama tiket dijual. tolonglah jadi pengguna bijak dengan tidak membeli tiket dengan ulat-ulat.
ekceli, mmg kecewa tak dapat g stadium, tapi ok gak. satu pengalaman yg tak boleh di jual beli punye. bila tengok orang malaysia tak kira kaum bersungguh-sungguh dapatkan tiket untuk menyokong pasukan Harimau Malaya kita ;)
akhirnya, dengan memakai jersi Harimau Malaya, kitorang gegarkan Mamak Kembar Presint 9. siyes sesak tak cukup meja sampai orang berdiri je tengah jalan tengok bola tahu. ya, semangat itu yang kita mahukan!
ok bai!
ps : even pasukan kita kalah dengan pasukan Singapura yg bersungguh-sungguh melengah-lengahkan permainan dengan lakonan sakit lutut, sakit kepala, sakit tumit, kita okay. tatap mak sokong Harimau Malaya!
pss : sabtu ni ada friendly dgn Selangor kan? nak!
No comments:
Post a Comment